Biodata Tokoh Islam Terulung / Riwayat Ibnu Majah

 

Riwayat Abu Majah



Latar Belakang Penulis

 

Imam Ibnu Majah ( 207- 273 H ).

 

 Beliau ialah Abu Abdullah Muhammad bin Yazid bin Abdullah bin Majah Al-Qazwini Ar-Rab’i, pengarang kitab sunan, tafsir dan tarikh (sejarah Islam). Beliau dilahirkan pada tahun 207 Hijrah bersamaan 824 M di Qazwin, Iran.

Beliau telah merantau ke pelbagai kota untuk menulis hadith. Antara yang pernah dikunjungi ialah Basrah, Kufah, Baghdad, Syam, Mesir dan Hijaz.

Kitabnya yang terkenal ialah Sunan Ibn Majah yang merupakan salah sebuah kitab sunan utama yang empat dan salah satu dari induk kitab yang enam. Ulama yang pertama memasukkan Sunan Ibn Majah ke dalam kategori kitab-kitab pokok ialah : Abu al-Fadl bin Thahir al- Maqdisi (m. 507 H )

Al-Hafiz abd al-Ghani al-Maqdisi juga turut memasukkan Sunan Ibn Majah ini di dalam kitabnya al-Ikmal fi Asma’ al-Rijal (iaitu Rijal Kutub Sittah). Menurut  Ibn Kathir, Sunan Ibn Majah merupakan kitab yang banyak faedahnya dan baik susunan bab-babnya dalam bidang Fiqh.

Imam Ibn Majah meninggal dunia pada 21 Ramadhan tahun 273 Hijrah ketika berusia 64 tahun.

 

 

Pendidikan

 

Ibn Majah sangat mencintai ilmu pengetahuan dan hadis semenjak kecil lagi. Justeru itu, beliau sentiasa mengembara ke segenap daerah untuk mendalami ilmu pengetahuan. Antara daereah yang dikunjungi ialah : Hijaz, Syam, Iraq, Mesir, Kufah, Khurasan, Basrah dan lainnya.

Setiap daerah yang Ibn Majah kunjungi,beliau akan menemui ulama hadis dan mempelajarinya. Beliau juga banyak menghabiskan masa untuk menulis dan berkarya,antaranya ialah kitab : Tafsir,Tarikh dan Sunan.

Beliau menerima dan mempelajari hadith daripada guru-guru hadith seperti :

·         Abu Bakar Ibn Abu Syaibah

·         Para sahabat Imam Malik

·         Para sahabat al-Laith Ibn Sa’id

·         ‘Ali bin Muhammad ath Thanafusi

·         Jabbarah bin AL Mughallas

·         Mush’ab bin ‘Abdullah az Zubair

·         Suwaid bin Sa’id

·         Abdullah bin Muawiyah al Jumahî

·         Muhammad bin Ramh

·         Ibrahîm bin Mundzir al Hizâmi

·         Muhammad bin Abdullah bin Numair

·         Hisyam bin ‘Ammar

·         Abu Sa’id Al Asyaj

 

  

Metod Penulisan Sunan Ibn Majah

 

Ibn Majah telah memasukkan sebanyak 4341 buah hadis dalam Kitab Sunannya (mengikut susunan Muhammad Fu’ad Abd al-Baqi) . Kitab Sunannya itu disusun menurut Bab ilmu Fekah sebagaimana Kitab Sunan yang lain.

Beliau membahagikan Sunannya kepada 37 kitab dan dipecahkan pula kepada 1500 bab kecil. Sebanyak 1552 buah hadis yang terdapat di dalam Sunannya adalah tambahan daripada kelima-lima Kitab Sunan sebelumnya.

Dalam Kitab Sunan Ibn Majah tidak dinyatakan sebabnya an tujuan penyusunannya. Antara lain, beliau juga tidak menyatakan manakah hadis yang disusunnya itu Da’if, Munkar atau Mawdu’. Beliau mengambil sikap berdiam diri dengan tidak menjelaskannya.

Sunan Ibn Majah mempunyai mukaddimah panjang yang mengandungi 24 Bab dan 266 buah hadis. Di dalam mukkadimah itu, dinyatakan tentang wajib berhujah dengan al-Sunnah serta membawa hadis yang berkaitan dengan dosa orang yang tidak mahu berhujah dengan al-Sunnah. Beliau juga membawa persoalan keimanan kelebihan mempelajari al-Quran, kelebihan ilmu,ulama dan para sahabat.

 

 

Taraf Dan Kedudukan Sunan Ibn Majah

  

Sunan Ibn Majah merupakan kitab yang mashyur dan terkenal. Kekemasan susunan di dalam penulisannya menunjukkan bahawa pengarang kitab ini merupakan seorang yang mempunyai ketinggian ilmu pengetahuan. Beliau telah menyusun kitabnya mengikut tajuk-tajuk fiqh seperti apa yang telah dilakukan oleh Imam Bukhari dan Muslim di dalam penulisan mereka.

 

Sunan Ibn Majah merupakan kitab yang paling rendah berbanding lima kitab Sunan yang lain. Di mana terdapat banyak hadis-hadis Da’if dan Munkar. Kitab Sunan Ibn Majah berasal daripada kumpulan 400,000 hadis yang dibahagikan kepada 1500 Bab dan asalnya ialah 32 jilid.

 

Menurut kajian Muhammad Fu’ad Abd al-Baqi sebanyak 3002 hadis yang ada dalam Sunan Ibn Majah juga dicatat dalam lima Kitab Sunan yang lain. Iaitu Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan al-Nasa’I, Sunan Abu Daud dan Sunan al-Tirmidhi. Manakala bakinya yang berjumlah 1339 hadis lagi itu adalah dikumpulkan dan dicatat oleh Ibn Majah secara bersendirian dan ia dapat diklasifikasikan sebagaimana berikut:

 

        i.            428 buah hadis adalah hadis Sahih, disebabkan sanadnya adalah thiqah.

      ii.            199 hadis lagi adalah hadis Hasan kerana sanadnya adalah bertaraf hasan.

    iii.            613 hadis lagi adalah Da’if kerana sanadnya adalah bertaraf lemah atau Da’if.

    iv.            99 buah hadis lagi adalah hadis Munkar dan Makzub kerana sanadnya adalah terlalu lemah, munkar dan dusta.

 

Ø  Ulama Yang Meriwayatkan Hadis Kepadanya Ialah :

 

                                i.            Ali Bin Muhammad ( paling banyak hadis daripadanya )

                              ii.            Jubarah Bin Al-Mughallis

                            iii.            Mus’ab bin Abdullah al-Zubairi

                            iv.            Suwaid bin Sa’id

 

Ø Ulama Hadis Yang Meriwayatkan Hadis daripada Ibn Majah :

 

                                                        i.            Sulaiman Ibn Yazid

                                                      ii.            Abu Jaafar Muhammad Ibn Isa

                                                    iii.            Ahmad Ibn Hakim al-Madani

                                                    iv.            Jaafar Ibn Idris

                                                      v.            Ibrahim Ibn Dinar

                                                    vi.            Abu Tayyib Ahmad bin Rawh al-Baghdadi

                                                  vii.            Muhammad bin Isa al-Abhari

                                                viii.            Abu al-Hasan Ali bin Ibrahim Al-Qattan

 

Ibn Kathir pernah berkata mengenai Imam Ibn Majah dan sunan hasil tulisannya :

“ Muhammad  Ibn Yazid Ibn Majah, pengarang kitab sunan. Susunannya itu menunjukkan kepada keluasan ilmunya dalam bidang Usul. Kitabnya mengandungi 30 kitab, 150 bab, 4000 hadith. Semuanya baik kecuali sedikit sahaja.”

 

Ø Keistimewaan Sunan Ibn Majah

 

Sunan Ibn Majah mempunyai keistimewaan tersendiri yang menyebabkan ia tergolong di kalangan kitab hadith yang enam ( kutubus sittah ). Antara keistimewaan tersebut ialah :

a)      Sangat sedikit pengulangan hadith yang berlaku di dalam sunan Ibn Majah.

b)      Penyusunan kitab ini lebih sistematik apabila Imam Ibn Majah menyusun hadith-hadith di dalam sunannya mengikut bab-bab yang lebih kecil.

 

Ø Murid-murid beliau

Keluasan ilmu Ibnu Majah membuat para penuntut ilmu yang haus akan ilmu berkeliling dalam majlis yang beliau dirikan. Maka sangat banyak sekali murid yang mengambil ilmu darinya, diantara mereka adalah;

 

a)      Muhammad bin ‘Isa al Abharî

b)      Abu Thayyib Ahmad al Baghdadî

c)      Sulaiman bin Yazid al Fami

d)      ‘Ali bin Ibrahim al Qaththan

e)      Ishaq bin Muhammad

f)       Muhammad bin ‘Isa ash Shiffar

g)      Ali bin Sa’îd al ‘Askari

h)      Ibnu Sibuyah

i)       Wajdî Ahmad bin Ibrahîm

 

 

Ulasan Kitab Sunan Ibn Majah

 

Antara kitab-kitab ulasan dan huraian kepada Sunan Ibn Majah ialah :

        I.            Misbah al-Zujajah ala Sunan Ibn Majah oleh al-Sayuti

     II.            Misbah al-Zujajah fi Zawa’id Ibn Majah oleh Abu al- Abbas Ahmad bin Muhammad al-Busiri (m.840 H)

  III.            Injah al-Hajah oleh Syeikh Abd al-Ghani bin Abu Sa’id al-Dahlawi (m. 1296 H)

  IV.            Kifayah al-Hajah fi Syarh Ibn Majah li al-Sanadi oleh Abu al-hasan bin Abu al-Hadi (m. 1138 H)

    V.            Ma Tamuss al-Hajah ala Ibn Majah li Ibn al-Mulaqqan (m. 804 H)

  VI.            Al-Dibajah oleh Muhammad bin Musa (m. 808 H)

  

Ø Hasil karya beliau

 

Ibnu Majah adalah seorang ulama penyusun buku, dan hasil karya beliau cukuplah banyak. Akan tetapi sayang, bahawa buku-buku tersebut tidak sampai ke kita. Adapun diantara hasil karya beliau yang dapat di ketahui sekarang ini adalah:

 

                                i.            Kitab as-Sunan yang masyhur

                              ii.            Tafsîr al Qurân al Karîm

                            iii.            Kitab at Tarîkh yang berisi sejarah mulai dari masa ash-Shahâbah sampai masa beliau.

Comments

Popular posts from this blog

Zikir Penenang Hati - Hasbi Rabbi..

Hadis 35 - HUBUNGAN SESAMA ISLAM DAN HAK-HAK MUSLIM ( Imam Nawawi )

Perjalanan Hijrah Dan Dakwah Rasulullah SAW