Posts

Showing posts from 2014

Hadis 35 - HUBUNGAN SESAMA ISLAM DAN HAK-HAK MUSLIM ( Imam Nawawi )

Image
بسم الله الرحمن الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya kerana diizinkan untuk berkongi dan menerangkan tentang sebuah hadis melalui kitab hadith 40 yang telah disusun oleh yang mulia Imam Nawawi rahmatullahi Ta’ala. Hadith Arba’in Nawawiyah adalah kumpulan 40 hadith Nabi Muhammad  s.a.w  yang dikumpulkan oleh Imam Nawawi ra. dan merupakan kitab yang tidak asing bagi kita umat Islam di seluruh dunia. Umat Islam mengenalnya dan akrab dengannya, kerana banyak dibahas oleh para ulama dan menjadi rujukan dalam menyebarkan ajaran Islam kepada kaum muslimin berkaitan dengan kehidupan beragama, ibadah, muamalah dan syariah. 
   Imam Nawawi dalam mengumpulkan hadith-hadith ini telah berinspirasi dengan hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Ali, Abdullah bin Mas’ud, Mu’adz bin Jabal, Abi Darda, Ibnu Umar, Ibnu Abbas, Anas bin Malik, Abu H…

Perjalanan Hijrah Dan Dakwah Rasulullah SAW

Image
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya saya ingin berkongsi sedikit ilmu tentang Dakwah Rasulullah S.A.W. di Madinah melalui Ilmu Dakwah ini. Hijrahnya kaum muslimin ke Madinah adalah sebagai awal mula marhalah (tahap) dakwah ketiga, iaitu Marhalah Tathbiq Al-Ahkaam Al-Islami (Penerapan Syari'at Islam). Hal ini diperkenal dengan didirikannya Daulah Islamiyah (Negara Islam) sebagai pelaksana hukum Islam dan sebagai pengemban (pemikul) risalah Islam ke seluruh pepenjuru dunia melalui dakwah dan jihad. Ada pun tahap ketiga ini dimulai dengan tibanya Rasulullah ke Madinah melalui peristiwa hijrah Rasulullah pada tahun 622M bersama sahabat baginda, Abu Bakar.
Dakwah Islamiah bukanlah suatu kegiatan sambilan kerana ia merupakan suatu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh umat Islam. Ia perlu dilakukan oleh orang yang berilmu bukan sekadar orang yang berminat atau bersemangat. Seorang pendakwah perlu mengetahui asas-asas ilmu dakwah sebelum ia memasuki dalam dak…