Posts

SETIAP PERTEMUAN AKAN ADA PERPISAHAN

Image
Bertemu, bermesra dan berpisah adalah perkara lumrah di dalam kehidupan setiap insan. Jika pertemuan hanya sebentar, pastinya nikmat kemesraan belum dapat dirasakan. Jika berlaku perpisahan, rasa kehilangan atau kesedihan tentulah tidak akan terasa. Bagaimanapun kemesraan yang sudah lama terjalin hingga menghasilkan rasa hormat dan sayang yang teguh di jiwa, maka perpisahan yang berlaku akan memberi kesan yang besar kepada jiwa. Ia boleh saja menyedihkan, malah menyakitkan. Berpisah hidup tidak sesakit berpisah mati. Kerana yang hidup masih boleh bertemu dan berhubung lagi. Tapi jika berpisah mati, bagaikan dirobek-robek pedihnya hati, tak akan bertemu lagi didunia ini. Firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran, ayat 185 yang bermaksud: “Tiap-tiap jiwa yang hidup pasti akan merasai mati. Sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga, maka sesungguhnya ia telah berjaya. Kehidupan di dunia itu hanyalah kehidupan y

Biodata Tokoh Islam Terulung / Riwayat Ibnu Majah

Image
  Riwayat Abu Majah Latar Belakang Penulis   Imam Ibnu Majah ( 207- 273 H ).     Beliau ialah Abu Abdullah Muhammad bin Yazid bin Abdullah bin Majah Al-Qazwini Ar-Rab’i, pengarang kitab sunan, tafsir dan tarikh (sejarah Islam). Beliau dilahirkan pada tahun 207 Hijrah bersamaan 824 M di Qazwin, Iran. Beliau telah merantau ke pelbagai kota untuk menulis hadith. Antara yang pernah dikunjungi ialah Basrah, Kufah, Baghdad, Syam, Mesir dan Hijaz. Kitabnya yang terkenal ialah Sunan Ibn Majah yang merupakan salah sebuah kitab sunan utama yang empat dan salah satu dari induk kitab yang enam. Ulama yang pertama memasukkan Sunan Ibn Majah ke dalam kategori kitab-kitab pokok ialah : Abu al-Fadl bin Thahir al- Maqdisi (m. 507 H ) Al-Hafiz abd al-Ghani al-Maqdisi juga turut memasukkan Sunan Ibn Majah ini di dalam kitabnya al-Ikmal fi Asma’ al-Rijal (iaitu Rijal Kutub Sittah). Menurut   Ibn Kathir, Sunan Ibn Majah merupakan kitab yang banyak faedahnya dan baik susunan bab-babnya dalam

Jodoh Itu Ketentuan Tuhan

Image
  Assalamualaikum, buat para pembaca yang disayangi.   Pagi yang tenang ini saya ingin nukilkan sedikit luahan berkaitan jodoh. Sejauh mana kita memahami definisi jodoh itu.   Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman. يَا عَلِيُّ ، ثَلاَثٌ لاَ تُؤَخِّرْهَا : الصَّلاَةُ إِذَا آنَتْ ، وَالجَنَازَةُ إِذَا حَضَرَتْ وَالأَيِّمُ إِذَا وَجَدْتَ لَهَا كُفْئًا Maksudnya  :”Wahai Ali tiga perkara jangan engkau lewatkan. Solat jika ia telah masuk. Pengurusan jenazah jika telah datang ke