Posts

Showing posts from March, 2012

Khas Buat UMMI n IBU Tercinta..

Ibu,,

Setiap deras degupan jantungku Engkau mampu merasanya Ketika aku: Sedih Gembira Gelisah Naluri ibumu Bagaikan sebati dalam diriku
Ketika aku sedih Kaulah ubat kepada duka laraku Menceriakan dan menghakis Perasaan yang melunturkan Semangatku
Ketika aku gembira Engkau juga turut berkongsi Kegembiraan yang menyinari saat Aku hidup di muka bumi ini Sebagai manusia
Pabila gelisah menyelubungi jiwaku Engkau masih bersamaku Menolong menyelesaikan Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan Perjalanan hidupku
Ibu,, 

Selagi hayat dikandung badan Aku akan sentiasa mendampingimu Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua
Ibu,,

Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya Namun, terimalah keikhklasanku Untuk menyayangi Insan yang mulia ini