Zikir Penenang Hati - Hasbi Rabbi..



Bismillahhirrahmannirrahim..Assalamualaikum w.b.t.
Kali ini saya akan post kan zikir yang sangat saya gemari dan zikir ini juga dapat memberi ketenangan dalam diri saya iaitu Hasbi Rabbi..Kita wajib menanamkan sifat yakin terhadap Allah S.W.T..Zikir ini dapat memantapkan lagi keyakinan kita pada Allah serta ingatan kita pada NYA..Jika anda semua berasa rindu akan seseorang,lafazkan lah dan baca lah zikir ini supaya hati anda rasa tenang dan sentiasa ingat pada Allah dan gantikan lah rindu itu kepada rindu Yang Maha Esa lagi baik...Jika anda dapat mengerti setiap ayat dalam zikir itu adalah lebih baik kerana setiap maksud di dalam zikir ini,sangat baik dan kita hanya berserah pada Allah...  Sama-samalah kita mendengar dan sentiasa menjadikan zikir harian kita.. :-)




Hasbi Rabbi Jallallah


Cukuplah Tuhan bagi ku Allah Maha Agung


Mafi Qalbi Ghairullah


Tiada di dalam hati ku kecuali Allah


Nur Muhammad Sallallah


Cahaya Muhammad selamat atas NYA


Haqqul Laillahhaillallah


Benarlah tiada Tuhan selain Allah..
















Comments

  1. zikir yang amat menenangkan hati saya ketika stress belajar :)

    ReplyDelete
  2. as-salam, ini adalah zikir syirik kerana fahaman Nur Muhammad itu syirik. Kenapa syirik?

    Secara ringkasnya, Nur Muhammad dikatakan adalah asal segala kejadian. Pada mula, hanya Allah sahaja yang ada. Kemudian Allah telah menjadikan Nur Muhammad. Dan dari Nur itulah dijadikan segala-galanya. Pemahaman ini bukan datang dari sumber Quran, Hadis yang sahih atau ijma’ ulama. Ianya berlawanan dengan apa yang disebut dalam Quran. Yang mereka pakai adalah hadis yang palsu. Yang pegang dengan kukuh pemahaman syirik ini adalah selalunya golongan sufi, terutama sekali Tarekat Qadiriah. Golongan sufi memang tidak mengendahkan dari mana datang sesuatu hadis itu, mereka akan tangkap muat sahaja.

    Ajaran Nur Muhammad itu menjadi syirik kerana ada percampuran antara Nur Allah dan Nur Muhammad. Dan masuklah kisah-kisah yang mengarut sekali. Yang tidak dapat diterima oleh akal yang waras. Ini kalau kita cerita kat manusia yang percaya pasal Nur Muhammad ini, mereka akan marah. Tapi kalau dia org nak jelaskan kepada kita pun tidak boleh sebenarnya, xde dalil sahih baik dpd quran mahupun hadith (yg dok ada adalah hadith2 palsu)..kenapa xde dalil sahih? sebab ini semua rekaan..

    Mereka kata segala yang dijadikan di dunia ini adalah dari Nur Muhammad. Tapi dalam Quran surah yaasin, Allah telah berfirman bahawa apabila Dia hendak menjadikan sesuatu, Dia akan berkata kun, fayakun – jadi, maka jadilah. --->Ini ayatnya. Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi. (Yaa Siin 36:82)

    Selepas dijadikan Nur Muhammad itu, kononnya dia telah malu dan menitik peluhnya sebanyak enam titik. Titik pertama terjadinya Abu Bakr. Maka Abu Bakr bukannya terjadi dari Adam, tapi dari peluh Nur Muhammad kalaulah ikut kisah dongeng ini. Peluh kedua, terjadinya Umar, ketiga Uthman dan keempat, Ali. Kelima terjadinya bunga mawar. Itulah sebabnya orang tarekat suka bunga mawar. Dan keenam, terjadinya padi. Hehe.

    Kemudian lama selepas itu dia berpeluh lagi dan jadilah macam-macam lagi. Peluh dari hidungnya terjadilah para malaikat. Itu semua adalah mengarut sahaja. Menjadikan orang yang membaca berangan-angan entah ke mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 x faham kenapa perlu tafsir sampai begitu mendalam? dan kenapa begitu mudah mentafsir sesat? nur itu boleh digambarkan seperti wajah baginda yg bersinar dengan ketenangan. (Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama). boleh juga gambarkan nur sebagai islam yg disebarkan baginda ke seluruh alam dengan rahmat Allah S.W.T.

      kenapa perlu disyirikkan? dengan alasan peluh? come on la. please make sense.

      btw, konsep nur muhammad x syirik kerana x ramai yang taksub mentafsir nur muhammad sebagai peluh etc.
      resource: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/nur-muhammad-menurut-ulama-ahlus-sunnah-wal-jamaah-0

      Delete
    2. Terjemahan dari Surah Al-Isra

      Dan mereka berkata: "Kami sekali-kali tidak percaya kepadamu hingga kamu memancarkan mata air dan bumi untuk kami,(90)

      atau kamu mempunyai sebuah kebun korma dan anggur, lalu kamu alirkan sungai-sungai di celah kebun yang deras alirannya, (91)

      atau kamu jatuhkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana kamu katakan atau kamu datangkan Allah dan malaikat-malaikat berhadapan muka dengan kami. (92)

      Atau kamu mempunyai sebuah rumah dari emas, atau kamu naik ke langit. Dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kenaikanmu itu hingga kamu turunkan atas kami sebuah kitab yang kami baca". Katakanlah: "Maha Suci Tuhanku, bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi rasul?" (93)

      Konsep Nur Muhammad bercanggah dengan Ayat Al_Quran iaitu (Katakanlah: "Maha Suci Tuhanku, bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi rasul?")

      Rasulullah Saw tidak boleh digambarkan sebagai Nur.. kerana Allah telah menyatakan bahawa Rasulullah saw adalah Manusia.. Ayat ini sangat jelas.. adakah boleh kita buat 1 tafsiran atau membuat andaian terhadap sesuatu yang sudah pasti Allah jelaskan..

      Lanjutan lagi di dalam Surah Al-Isra :

      Dan tidak ada sesuatu yang menghalangi manusia untuk beriman tatkala datang petunjuk kepadanya, kecuali perkataan mereka: "Adakah Allah mengutus seorang manusia menjadi rasuI?" (94)

      Katakanlah: "Kalau seandainya ada malaikat-malaikat yang berjalan-jalan sebagai penghuni di bumi, niscaya Kami turunkan dari langit kepada mereka seorang malaikat menjadi rasul". (95)

      ini ayat ini menerangkan dengan jelas bahawa yang dijadikan daripada Cahaya (Nur) itu adalah Malaikat.. (Katakanlah: "Kalau seandainya ada malaikat-malaikat yang berjalan-jalan sebagai penghuni di bumi, niscaya Kami turunkan dari langit kepada mereka seorang malaikat menjadi rasul".)

      Rasul itu adalah manusia untuk dikalangan manusia.. pada zaman Rasulullah lagi mereka mahukan Rasul itu daripada Cahaya (Nur) iaitu malaikat.. tapi.. Allah bantah dengan menurunkan ayat ini.. pada zaman itu Allah sudah bantah dengan turunkan wahyu.. adakah kita memdapat wahyu lagi untuk membantah wahyu yang telah Allah turunkan.. kita kena berakidah bahawa Rasulullah saw itu adalah manusia.. jika tidak.. fahaman kita boleh mengakibat rosak iman.. dan boleh menyebabkan kufur (mengingkari atau membantah) terhadap ayat Al-Quran.. ini yang dikatakan syirik.. sebab manusia pula yang meletakkan hukum dan menafikan hukum Allah.. adakah manusia itu tuhan? apabila kita mengambil alih sifat tuhan.. itu yang dimaksudkan dengan syirik..

      beginilah penjelasan saya.. setelah saya belajar untuk memahami Al-Quran secara bersanad..

      apa kata kita sama-sama belajar..
      setelah belajar dan mengetahui..
      baru kita putuskan siapa yang betul..

      di dunia kita boleh buat kenyataan..
      keputusannya di akhirat nanti..
      jika kita tidak betul-betul faham dan tidak mempunyai sandaran Al-Quran dan Hadis..
      kita dikuatiri akan sesat.. kerana itu adalah 2 perkara yang Rasulullah saw sebut agar kita tidak sesat..

      syaitan pula.. merosakkan iman kita terhadap perkara yang kita jahil.. bukan dengan perkara yang kita tahu.. jika benar ada hujah tentang konsep Nur Muhammad.. berikan dalil bersumber Al-Quran serta hadis sahih..

      saya memberitahu apa yang saya tahu sahaja..
      saya tidak terlepas dari khilaf.. ada perkara yang saya tidak mampu sampaikan.. semuanya dengan izin Allah.. :) in shaa Allah..
      Wallahu'alam..

      Delete
    3. sedang search di internet.. terjumpa nota yang lebih lengkap.. boleh lihat di

      https://www.facebook.com/notes/hadits-rasulullah-shalallahu-alaihi-wassalam/apakah-dunia-diciptakan-karena-nur-nabi-muhammad-shalallahu-alaihi-wassalam/316790881664776?ref=nf

      Delete
    4. orang2 macem gini pengikutnya albany, utsaimin cs, kerjaan nya dimana2 menebar syirik, kafir, bidah. taklid buta kepada albany, utsaimin cs, tanpa pernah mau membuka mata

      Delete
    5. Sok tau dia. Nabi Nuh saja bershalawat atas Nabi Muhammad.

      Delete
    6. Sok tau dia. Nabi Nuh saja bershalawat atas Nabi Muhammad.

      Delete
    7. Ente yg syirik pe'a, pemahaman syirik aja ente tdk paham

      Delete
  3. Asslamualaikum,

    saudara MIFS & saudara Anam Azizi. jgn mudah mengatakan Nur Muhammad itu sesat kerana kekurangan ilmu anda berdua. sila rujuk web ini: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/nur-muhammad-menurut-ulama-ahlus-sunnah-wal-jamaah-0 . kalau tak pandai nak rujuk, ini saya paste utk anda berdua. pastikan anda rujuk pd guru yg Mursyid atau Ulamak yg Haq, bkn rujuk pd ulamak Syiah/Muktazilah/Wahabbi/Mujasimmah & lain2 yg memang sesat. sila baca ini dari web JAKIM:
    Nur Muhammad Menurut Ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah
    Akidah
    Tarikh Keputusan: 22 Jan, 2002
    Huraian Tajuk/Isu:
    Setelah dibincang ahli mesyuarat membuat kesimpulan dan cadangan bahawa :
    Keputusan:
    i. Tidak semua fahaman dan pegangan kepada 'Nur Muhammad' itu sesat, kerana sebahagian ulama muktabar seperti Imam Ibnu Hajar Al-Haitami, Syaikh Ibrahim Al-Baijuri, Sayyidis-Syaikh Ja'far Al-Barzanji, Sulthanul Awliya' Syaikh Abdul Qadir Al-Jilani dan ramai lagi, menerima konsep ini dengan penafsiran yang sewajarnya tanpa melampaui batas aqidah dan syariah Islam. Dalam penafsiran mereka 'Nur Muhammad' adalah seawal-awal makhluk ciptaan Allah s.w.t bersifat dengan sifat baharu (bukannya qadim) dan sekali-kali tidak mempunyai unsur-unsur ketuhanan
    ii. Kesalahfahaman dan penyelewengan banyak berlaku kerana sebahagian kelompok telah tersalah atau dengan sengaja memberikan tafsiran yang salah kepada hadith-hadith yang menyebut bahawa 'Nur Muhammad' ini diciptakan daripada 'nur allah' atau denga tafsiran yang seolah-olah 'Nur Muhammad' itu adalah satu juzuk daripada zat Allah s.w.t, yang mana tafsiran ini adalah nyata bercanggah dengan aqidah Islam dan tidak ada seorang pun ulama mu'tabar yang berpegang dengan penafsiran sedemikian. Tafsiran sebeginilah yang sesat lagi menyesatkan dan semestinya dibendung

    iii. Konsep 'Nur Muhammad' sebagaimana yang dipegang oleh sebahagian ulama mu'tabar, sewajarnya diletakkan dalam perkara khilafiyyah yang sepatutnya ditanggapi diterima dengan fikiran terbuka dan rasa tasmuh yang tinggi. Percaya atau tidak kepada hal yang demikian tidaklah merosakkan aqidah

    iv. Oleh kerana tidak semua pegangan terhadap konsep 'Nur Muhammad' itu sesat, maka sewajarnya kita janganlah bermudah-mudah untuk menyesatkannya tanpa usul periksa terlebih dahulu. Menyesatkan konsep 'Nur Muhammad' secara keseluruhan akan mengakibatkan hukuman sesat kepada ramai ulama mu'tabar yang menjadi sandaran ummat.

    ReplyDelete
  4. Nur Muhammad Menurut Al-qur’an & Hadits

    Kitab “al-Wafaa bi ahwaalil Musthofa s.a.w.” (Ibnu Qudamah al-Maqdisy 509 H)
    Imam ‘Abdur Rahman bin ‘Ali yang terkenal dengan nama Imam Ibnul Jawzi ulama besar bermazhab Hanbali yang dilahirkan pada tahun 509/510H di Baghdad. Beliau adalah pengarang dan daie yang terkenal yang banyak menyedarkan umat serta ramai yang memeluk Islam di tangannya. Beliau adalah guru kepada Ibnu Qudamah al-Maqdisy yang masyhur itu.Tersebutlah dalam karya beliau yang berjodol “al-Wafaa bi ahwaalil Musthofa s.a.w.” akan kisah penciptaan Junjungan Nabi s.a.w. yakni penciptaan benih asal jasad baginda s.a.w. Kisahnya adalah sebagai berikut:-
    عن كعب الأحبار قال: لما أراد الله تعالى أن يخلق محمداً صلى الله عليه وسلم أمر جبريل عليه السلام أن يأتيه فأتاه بالقبضة البيضاء التي هي موضع قبر رسول الله صلى الله عليه وسلم، فعجنت بماء التَّسْنيم، ثم غمست في أنهار الجنة، وطيف بها في السموات والأرض، فعرفت الملائكة محمداً وفَضْله قبل أن تعرف آدم، ثم كان نور محمد صلى الله عليه وسلم يُرى في غُرَّة جبهة آدم. وقيل له: يا آدم هذا سيد ولدك من الأنبياء والمرسلين.

    فلما حملت حواء بشيت انتقل عن آدم إلى حواء، وكانت تلد في كل بطن ولدين إلا شيتاً، فإنها ولدته وحده، كرامة لمحمد صلى الله عليه وسلم. ثم لم يزل ينتقل من طاهر إلى طاهر إلى أن ولد صلى الله عليه وسلم.

    Daripada Ka’ab al-Ahbar: ” Tatkala Allah ta’ala berkehendak untuk menciptakan Nabi Muhammad s.a.w., Dia memerintahkan Jibril a.s. untuk membawakan segenggam tanah putih yang merupakan tanah tempat Junjungan Nabi s.a.w. dimakamkan nanti. Maka diulilah tanah tersebut dengan air Tasniim (air syurga) lalu dicelupkan ke dalam sungai-sungai syurga. Setelah itu, dibawakan dia berkeliling ke serata langit dan bumi. Para malaikat pun mengenali Junjungan Nabi s.a.w. dan keutamaan baginda sebelum mereka mengenali Nabi Adam a.s. Ketika nur Junjungan Nabi s.a.w. kelihatan di kening dahi Nabi Adam a.s., dikatakan kepadanya: “Wahai Adam, inilah sayyid (penghulu) keturunanmu daripada para anbiya’ dan mursalin.
    Tatkala Siti Hawa mengandungkan Nabi Syits berpindahlah Nur Muhammad tersebut kepada Siti Hawa. Siti Hawa yang biasanya melahirkan anak kembar setiap kali hamil, tetapi pada hamilnya ini dia hanya melahirkan seorang anak sahaja iaitu Nabi Syits kerana kemuliaan Junjungan Nabi s.a.w. Maka sentiasalah berpindah-pindah Nur Muhammad daripada seorang yang suci kepada orang suci yang lain sehinggalah baginda dilahirkan.

    ReplyDelete
  5. Syaikh Ibnu Hajar al-Haitami al-Makki rhm. Dalam kitab “al-Fatawa al-Haditsiyyah” mukasurat 206

    Ikhwah, aku nukilkan dari karangan-karangan al-Imam al-Faqih, Syaikhul Islam, pemuka ulama Syafi`i mutakhir, Mufti Makkah, sandaran umat, Shohibut Tohfah, Syaikh Ibnu Hajar al-Haitami al-Makki rhm. Dalam kitab “al-Fatawa al-Haditsiyyah” mukasurat 206 dinyatakan:-

    • (Dan telah ditanyai) akan orang yang mudah-mudahan Allah memanfaatkan dengannya (yakni Syaikh Ibnu Hajar rhm.) mengenai hadis “Seawal-awal yang diciptakan Allah adalah ruhku dan alam keseluruhannya dicipta daripada nurku, setiap sesuatu kembali kepada asalnya”, siapakah perawinya ?
    • (Maka dijawab) dengan perkataannya:- “Aku tidak mengetahui sesiapa yang meriwayatkannya sedemikian. Dan bahawasanya yang diriwayatkan dia ‘Abdur Razzaq adalah bahawasanya Junjungan s.a.w. bersabda bahawa Allah telah mencipta nur Muhammad sebelum segala sesuatu daripada nurNya.”
    Imam besar ini juga dalam syarahnya bagi kitab Syama-il menyatakan antara lain:-
    • ….Dan diriwayatkan ‘Abdur Razzaq dengan sanadnya bahawa Junjungan Nabi s.a.w. bersabda: ” Sesungguhnya Allah telah mencipta Nur Muhammad sebelum segala sesuatu daripada nurNya (yakni nur yang dimiliki Allah) lalu dijadikan nur tersebut berputar dengan qudrahNya mengikut kehendak Allah dan belumlah ada pada waktu tersebut loh dan tidak ada qalam”, al-hadis dengan panjangnya (yakni hadis ini ada lagi sambungannya yang panjang………….Maka diketahui bahawasanya seawal-awal sesuatu yang dijadikan secara ithlaq ialah an-Nur al-Muhammadiy, kemudian air, kemudian arsy, kemudian qalam……….
    Juga dalam mukhtasar beliau bagi kitab mawlidnya ‘an-Ni’matul Kubra ‘alal ‘alam bi mawlidi Sayyidi Waladi Adam”, beliau menyatakan:-
    • Ketahuilah bahawa Allah ta`ala telah memuliakan nabiNya s.a.w. dengan terdahulu/terawal nubuwwah baginda pada azali lagi. Dan yang sedemikian itu adalah kerana apabila Allah ta`ala berkehendak untuk mewujudkan makhluk, diwujudkanNya (yakni diciptakanNya) al-Haqiqatul Muhammadiyyah dari semata-mata nur sebelum wujud apa-apa ciptaan dari segala makhluk, kemudian diambil daripadanya sekalian alam….

    ReplyDelete
  6. Tuan Guru Haji Wan Shaghir membahas dengan panjang lebar. Antara tulisannya pada halaman 45 – 46 :-

    Beberapa orang ulama dunia Islam yang terkenal di antara mereka ada mencatat sanad yang di dalamnya terdapat nama Syeikh Ibnu Hajar al-’Asqalani. Sanad yang tersebut sampai kepada ‘Abdur Razzaq. Ada sanad ‘am mengenai beberapa bidang keilmuan, dan ada pula sanad khash tentang hadis, termasuk hadis Nur Muhammad. Di antara mereka yang mempunyai sanad kepada Syeikh Ibnu Hajar al-’Asqalani (wafat 852H/1448M) ialah: Syeikh Hasan al-Masyath, Saiyid ‘Ali al-Maliki, Syeikh Muhammad Mahfuzh bin ‘Abdullah at-Tarmasi (1285H/1868M – 1385H/1965M), Syeikh Muhammad Mukhtar bin ‘Atharid Bogor (1278H/1861M – 1374H/1954M), Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani (1272H/1856M – 1325H/1908M), Saiyid Bakri bin Muhammad Zainal ‘Abidin Syatha, Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan…..dan lain-lain.
    • Setelah melalui beberapa nama bertemu pada Syeikh ‘Abdullah asy-Syarqawi (1150H/1737M – 1227H/1821M), ia terima dari Syeikh Muhammad bin Salim al-Hifnawi/Hifni (Syaikhul Azhar 1173H/1715M – 1181H/1767M), ia terima dari ‘Abdul ‘Aziz az-Ziyadi, ia terima dari Syeikh Muhammad al-Babili, ia terima dari Syeikh Najamuddin Muhammad al-’Aithi, ia terima dari Qadhi Zakaria al-Anshari, ia terima dari Syeikh Ibnu Hajar al-’Asqalani (773H/1371M – 852H/1448M), ia terima dari Syeikh Abil Faraj ‘Abdur Rahman al-Ghazzi, ia terima dari Abin Nun Yunus bin Ibrahim ad-Dabbus, ia terima dari Abi Hasan ‘Ali, ia terima dari Muhammad bin Nashir as-Salami, ia terima dari ‘Abdul Wahhab bin Muhammad bin Mandah, ia terima dari Abil Fadhal Muhammad al-Kaukabi, ia terima dari Abil Qasim ath-Thabrani, ia terima dari Ya’qub Ishaq bin Ibrahim al-Mirwazi al-Hanzhali, ia terima dari ‘Abdur Razzaq bin Hammam bin Nafi dengan sanad sehingga sampai kepada Jabir bin ‘Abdullah.
    Selain menjawab tuduhan puak-puak menentang kewujudan Nur Muhammad, Tuan Guru turut menyenaraikan beberapa nama ulama terkemuka yang membicarakan Nur Muhammad dalam karangan-karangan mereka, antaranya:-
    1. Syaikh ‘Abdul Qadir al-Jilani, Sulthanul Awliya`;
    2. Syeikh ‘Abdullah ‘Arif;
    3. Imam as-Sayuthi;
    4. Imam al-Qasthalani;
    5. Imam al-Zarqani;
    6. Sayyidisy Syaikh Ja’far al-Barzanji;
    7. Syaikh Yusuf an-Nabhani;
    8. Syaikh Nawawi al-Bantani;
    9. Syaikh Nuruddin ar-Raniri;
    10. Syaikh ‘Abdur Rauf al-Fansuri / Singkel;
    11. Syaikh ‘Abdus Shomad al-Falimbani;
    12. Syaikh Muhammad Nafis al-Banjari;
    13. Syaikh Daud al-Fathani;
    14. Tuan Guru Haji Ahmad bin Haji Yusuf bin ‘Abdul Halim Kelantan;
    15. ‘Allamah Abu ‘Abdullah asy-Syaikh Muhammad bin Ahmad ‘Ilisy;
    16. ‘Allamah Syaikh Muhammad Bashri al-Manzalawi;
    17. Sayyid Utsman bin ‘Abdullah BinYahya;
    18. Syaikh Muhammad bin Ismail Daudi al-Fathani;
    19. Syaikh Zainal ‘Abidin al-Fathani, Tuan Minal;
    20. Syaikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani;
    21. Syaikh Utsman bin Syihabuddin al-Funtiani;
    22. Syaikh ‘Abdul Hamid bin ‘Ali Kudus;

    ReplyDelete
  7. Bagi menutup tulisannya, Tuan Guru Haji Wan Shaghir menyebut:-
    • Perlulah diperhatikan bahawa dari keterangan di atas terdapat tiga buah hadis dari tiga orang sahabat Nabi Muhammad s.a.w. Mereka ialah: Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib k.w.w.r.a. (wafat 40H/661M), ‘Abdullah bin ‘Abbas r.a. (wafat 68H/687M) dan Jabir bin ‘Abdullah r.a. (wafat 78H/697M). Ada lagi beberapa hadis mengenai Nur Muhammad atau yang sama maksud dengannya, yang berasal dari sahabat yang lain, di antaranya, yang berasal dari: Salman al-Farsi r.a., Abu Zar al-Ghifari r.a., dll, termasuk juga Abu Hurairah r.a.
    • Oleh itu teori para pengkritik hadis Nur Muhammad atau hadis yang sama maksud dengannya, dengan tuduhan melulu dan berbagai-bagai adalah teori yang bersifat khayal.
    • Di antara mereka ada yang mengkhayal bahawa hadis Nur Muhammad adalah doktrin Syi`ah, golongan ini mungkin lebih banyak mempelajari Mazhab Syi`ah atau hidup dilingkungan mazhab itu ketimbang belajar secara mendalam Islam cara tradisional.
    • Yang lain mengkhayal pula, bahawa hadis Nur Muhammad adalah doktrin berasal ajaran Greek ajaran Platonisme, sama dengan yang di atas golongan ini mungkin lebih banyak mempelajari ajaran Greek-Platonisme atau hidup dilingkungan itu ketimbang belajar secara mendalam Islam cara tradisional.
    • Yang lain mengkhayal pula hadis Nur Muhammad adalah doktrin berasal dari ajaran trinitas dalam Kristian.
    • Yang lain pula mengkhayal berasal dari ajaran al-Hallaj, yang lain pula mengkhayal berasal dari Abi Yazid al-Bisthami, dll.
    • Di antara mereka ada menganggap bahawa hadis Nur Muhammad atau hadis yang sama maksud dengannya, adalah hadis maudhu`(hadis palsu). Penilaian mereka juga tidak sepakat atau tidak sependapat kerana selain yang berpendapat hadis maudhu`, dari golongan mereka pula ada yang berpendapat hadis dhaif, dan lain-lain. Sudah maklum bahawa pengertian atau takrif hadis maudhu` dengan hadis dhaif adalah tidak sama. Sesuatu penilaian yang bersifat teori maka bukanlah merupakan hujah atau hukum qath`ie, apatah lagi jika masih terdapat pertentangan atau kontroversi antara yang satu dengan yang lainnya.
    • Oleh itu sekian banyak kitab yang dikarang oleh sekian ramai ulama Ahlis Sunnah wal Jama`ah yang membicarakan hadis Nur Muhammad atau hadis yang sama maksud dengannya, perlu mendapat pembelaan.

    Kesimpulannya:
    saudara MIFS & saudara Anam Azizi perlu lengkapkan diri dlm beragama. pastikan saudara berdua tunaikan kewajipan fardu ain dlm beragama iaitu wajib bagi tiap-tiap mukallaf belajar ilmu usuluddin, ilmu feqah & ilmu tasawwuf yg melengkapkan diri saudara tentang Iman, Islam & Ihsan.
    wallahu a'lam.aquluqauli haa tza wa astghfirullahal 'adzim li wa lakum. wassalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum,saudara ni ranting mana ye ? maaf bertanya...

      Delete
  8. Assalammualaikum...

    Syeikh Uqail Al Manjani --> (y)

    kepada teman2 yg lain... jgn mudah menunding dan menjatuhkan hukum... benar atau tidak agama atau pegangan seseorang bukan kita yg menentukan.. sedangkan ilmu yg kita ada je tidak ada seorang pun hamba Allah mampu mengatakan ilmu kita itu benar.... sesungguhnya yg Maha Mengetahui hanyalah Dia.... jgnlah hanya berfikir mengunakan akal, kerana akal yg kita ada Allah bataskan.. sedangkan ilmu Allah itu terlalu luas hingga tak tercapai oleh akal... siapa lah kita ini utk menjatuhkan halal haram... sedangkan mengangkat jari yg satu je pun dengan izin Allah, tanpa izinNya, tidak bergeraklah jari itu..... yg ada utk kita adalah belajar dari setiap perkara.. maupun perkara itu baik atau pun buruk... berbahas dan berbincang tidak salah utk menitip pandangan ramai, itu adalah lebih baik...

    ReplyDelete
  9. Ini adalah zikir syirik.........Berzikir hanya layak kepada TUHAN yang kita sembah. Buat Nabi ALLAH dah bagi kita syariat dengan berselawat kepada Nabi.

    Kalau nak zikir pada ALLAH tidak boleh diselangkan zikir itu dengan menyebut makhluk ALLAH.
    Nabi Muhammad juga adalah manusia ciptaan ALLAH bermakna Baginda juga adalah makhluk ciptaan ALLAH.
    Kepada Nabi kita hanya berselawat sahaja dan selawat juga mesti bacaan selawat yang diajar oleh Nabi kita.

    Zikir hanya kepada ALLAH semata-mata kerana zikir itu hanya layak pada TUHAN yang kita sembah sahaja.

    Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, akibatnya engkau akan menjadi dari golongan yang dikenakan azab seksa.
    (Asy-Syu'araa' 26:213)

    "Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah.
    (Al-Jinn 72:18)

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. dlm blog ni baru terbaca komen mengatakan zikir hasbi rabbi sesat...bagi saya yg cetek ilmu agama mula rasa ragu...baik saya kembali pada zikir biasa iaiitu subhanallah, alhamdul lillah, .......tahlil dan takbir, wirid biasa seharian dan selawat ke atas nabi..

    ReplyDelete
  12. Zikir ini adalah bermaksud pengharapan penuh pada Allah...Jangan sesukanya menyatakan ia syirik.

    ReplyDelete
  13. Balik kepada asas. Hadits riwayat siapa. Darjat hadits. Pemahaman sahabat nabi dalam mensyarahkannya. Kalau x jumpa baik kita tawaquf dulu. Jgn di amalkan. Jgn di sebarkan. Boleh jd ini direka2 oleh orang yg punya kepentngan tertentu. Walau apa alasannya tetap dilarang kerana menambah suatu yg nabi x ajar. Nabi tinggalkan 1001 macam zikir yg shabit daripadanya. Ada kita buat? Ada kita amalkan? Benda yg x jelas camni jg di perbesar2kan. Ini semua tipu daya iblis dan syaitan untuk menjauhkan umat islam dari mengamalkan sunnah dalam kehidupan.

    ReplyDelete
  14. alaaaahai..korang ni baru cte zikir dh bnyk fakta keluar..hukum bagai..tp xpelah..dh akhir zaman..mmg rasulullah dh ckp..makin ramai jahil hujung2 gini..biar x pandai jgn nk memandai..
    hehe..Allah swt laknat pde yg nk menyerupai NYA...ade dberi tahu dlm surah ikhlas..
    so tak payah susah2 nak menghukum...itu kn Allah swt je yg layak..
    haishhh...surah kalimah fatehah pun belum tntu abes paham 7 ayat de..sifat tubuh bdn sendiri pun x twu zat yg menggerakan NYA....
    mcm bdk2 je korang ni..mudah sgt tewas ngn dajjal..jahanam lahhhh

    ReplyDelete
  15. Perlu faham dulu apa itu zikir....

    ReplyDelete
  16. Perlu faham dulu apa itu zikir....

    ReplyDelete
  17. http://syazW.sharethisstory.net/my-1031706-8004?utm_source=&utm_medium=&utm_campaign=

    ReplyDelete
  18. http://syazW.sharethisstory.net/my-1031706-8004?utm_source=&utm_medium=&utm_campaign=

    ReplyDelete
  19. Dgn ada terlalu banyak fakta nie .. Umat islam yg lain jadi ragu2 untuk gunakan zikir itu .. Tapi nak tanya .. Kenapa yea kalau saya lafaz zikir tu berulang kali .. Hati saya rasa sayu dan nak menagis ?? Boleh terangkan tak ?? Kuasa Allah itu teramat agung untuk manusia mcm kita hambanya faham ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalammualaikum.. Insya Allah krna d stiap manusia terdapat NurMuhammad.. Hati anda sayu n nak menangis itulah reaksi zikir yg anda lantunkan.. Karena NurMuhammad yg ada di dalam diri anda mendengar nya dan bangkit.. Muhammad itu ada yg batin n yg zhohir.. Yg batin itu NurMuhammad dan yg zohir itu Muhammad sbgai manusia.. Namun tidak bisa di pecahberaikan.. Dan NurMuhammad adalah penghubung antara manusia dg Allah.. Jika ada yg slah dg tulisan ini saya mhon maaf n kpada Allah Swt hamba mhon ampun.. Assalammualaikum..

      Delete
    2. Assalammualaikum.. Insya Allah krna d stiap manusia terdapat NurMuhammad.. Hati anda sayu n nak menangis itulah reaksi zikir yg anda lantunkan.. Karena NurMuhammad yg ada di dalam diri anda mendengar nya dan bangkit.. Muhammad itu ada yg batin n yg zhohir.. Yg batin itu NurMuhammad dan yg zohir itu Muhammad sbgai manusia.. Namun tidak bisa di pecahberaikan.. Dan NurMuhammad adalah penghubung antara manusia dg Allah.. Jika ada yg slah dg tulisan ini saya mhon maaf n kpada Allah Swt hamba mhon ampun.. Assalammualaikum..

      Delete
  20. Semula Allh ciptakan adalah NurMUhammad dari NurNya.. Dan semua mahluk tercipta dari NurMuhammad.. Tatkala Nabi Adam keluar dari surga, Nabi Adam melihat di pintu surga nama Allah bersanding dg nama Muhammad.. Yg sering kita sebut Dua Kalimat Syahadat.. Dan Nabi Adam pun bertanya tanya siapakah Muhammad itu.. Seandainya Allah menurunkan realitas Muhammad di awal, tentu akn berbda skrg.. Oleh karena itu Allah merealitaskan atau menzohirkan NurMuhammad menjadi mahluk atau manusia yg bernama Muhammad di akhir ataupn sbgai pntup nabi.. Dan bergelar Rasul krna Beliau sangt dekat dengan Allah.. Dan sebagi rahmatan lil alamin.. Penyempurna dari seblmnya.. Ingatlah Allah beserta malaikat pun bersholawat atas nabi Muhammad.. Kalau anda trlntas d pikiran betapa istimewa nya Muhammad bagi Allah shga Dia pun bersholawat untk Muhammad

    ReplyDelete
  21. Ilmu Allah tidak bisa ukur dengan menggunakan akal,logika,perkiraan,sains ataupun lain nya.. Seandainya kamu celupkan telunjukmu ke laut samudra kemudia kamu angkat dan sttes air yg jatuh itu lah ilmu manusia ..ilmu Allh sangat amatlah luas.. Jdi jngn pernah menilai seauatu itu syirik bila blm tahu ilmu Nya.. Dan hanya Allah saja yg berhak menilai syirik seseorang,golongan ataupn kaum.. Insya Allah ini akan bermanfaat.. Slbh kurg nya saya mhom maaf dan kepada Allah saya mhon ampun.. Saya hanya lah manusia dg keterbatasan ilmu.. Assalammualaikum

    ReplyDelete
  22. sy minta copy ye maksud zikir tu...terima kasih..

    ReplyDelete
  23. Setiap amalan ada asalnya. Cuba korang nayatakan siapa yg meriwayatkan zikir ni dan siapa yg menshahihkan atau menghasankannya. Kalau xde asal bagaimana korang nak menjawab di hadapan Allah atas perbuatan korang ni?

    ReplyDelete
  24. QUR'AN DAN HADITS.. IALAH SEBAGAI ALAT... pengendali utama adalah akal kita masing-masing. SAya sebagai orang awam saya merasakan ketenangan dan keyakinan sendri setalah saya mndengarkan dzikir hasbi rabbi...

    ReplyDelete
  25. Ada 2 pilihan..

    1 sudah pasti baik.. Iaitu amalan mengikut hadis yang sahih.. Bab ibadat sudah Rasulullah Saw sempurnakan.. Sebab ibadat perlu dari wahyu.. Dan Nabi Muhammad Adalah Nabi dan Rasul terakhir.. Bermakna wahyu sudah terputus..

    Ingat.. Zikir adalah ibadat..

    1 tak pasti baik.. Sebab tiada dari mana-mana hadis.. Hanya dari nama-nama yang tidak semua orang kenali.. Lebih tak bagus jika dusta atas nama Nabi..

    Jika bab makan.. Kita ingin makan yang elok-elok sahaja.. Bila bab ibadat.. Kena lah pilih yang jelas dan sahih..

    Kita ada akal.. Sekarang kita fikir.. Sanggupkah kita berusaha untuk pasti kan apa yang kita amalkan dari sumber yang benar..

    Jika dinyatakan majoriti manusia yang membenarkan sesuatu ibadat.. Sedangkan bukan dari Nabi.. Saya sungguh tidak akan terima.. Sebab bab ibadat bukan ikut majoriti..

    Ibadat perlu dari Allah sahaja..
    Alangkah baik kita amalkan yang baik dari sumber yang jelas dan benar.. Kita pun tak ragu..

    Selepas tu terpulang kepada diri masing-masing..

    Sama-sama kita doakan agar kita diberikan Taufiq dan Hidayah dari Allah SWT.. Aamiin..

    ReplyDelete
  26. 1 lagi.. Tenang bukan hujah..
    Ramai tok sami yang bertapa tinggalkan dunia untuk dapat ketenangan dan sabar dari segala nafsu.. Sanggupkah anda kata dia benar?

    Benar adalah dari sumber yang jelas..

    Jika kita masuk mahkamah.. Hakim hanya mahu tahu hujah dan bukti yang jelas dan nyata..

    Adakah kita rasa cukup dengan beritahu kita tenang sebagai dalil benar kepada Allah di padang masyar nanti?

    Sungguh Allah Maha Hakim.. Allah tidak akan zalim..

    Bukan maksud saya untuk memberitahu siapa benar dan siapa salah.. Cuma mahukan kita sama-sama berfikir.. dan berusaha untuk kebaikkan akhirat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. in’shaa’Allah..

      Allahu’alam..
      Sungguh.. Hany Allah sahaja yang Maha Mengetahui..

      Delete
  27. Ana bingung, baru belajar dikit..udah pintar blg syirik..bi'dah..banyak sekarang mau ambil wilayahNya Allah...

    ReplyDelete
  28. Saya sebagai orang awam memilih jalan selamat. Meninggalkan perkara yang diragui. Apatah lagi berkaitan dengan syirik . Semoga Allah memberi kita petunjuk jalan yg lurus & melindungi kita semua .

    ReplyDelete
  29. cahaya muhammad selamat keatasnya...bermaksud ajaran islam itu telah disempurnakan oleh nabi muhammad

    ReplyDelete
  30. Daripada sampeyan pusing mas lebih seringlah Istiqomah padanya,jgn Karena takut neraka dan menginginkan surga cukup ingin dekat selalu dengannya itu sudah lebih dari cukup

    ReplyDelete
  31. Kebanyakannya sudah rasa berada dijalan yang benar sehingga berani menghukum sesuatu fahaman itu sesat atas sebab berbeza daripada ilmu mereka.

    ReplyDelete
  32. Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

    وَمَا تَفَرَّقُوْۤا اِلَّا مِنْۢ بَعْدِ مَا جَآءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًاۢ بَيْنَهُمْ ۗ وَلَوْلَا كَلِمَةٌ سَبَقَتْ مِنْ رَّبِّكَ اِلٰۤى اَجَلٍ مُّسَمًّى لَّقُضِيَ بَيْنَهُمْ ۗ وَ اِنَّ الَّذِيْنَ اُوْرِثُوا الْكِتٰبَ مِنْۢ بَعْدِهِمْ لَفِيْ شَكٍّ مِّنْهُ مُرِيْبٍ
    wa maa tafarroquuu illaa mim ba'di maa jaaa`ahumul-'ilmu baghyam bainahum, walau laa kalimatung sabaqot mir robbika ilaaa ajalim musammal laqudhiya bainahum, wa innallaziina uurisul-kitaaba mim ba'dihim lafii syakkim min-hu muriib

    "Dan umat tiap-tiap Rasul tidak berpecah belah dan berselisihan (dalam menjalankan ugama Allah) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (apa yang disuruh dan apa yang dilarang); berlakunya (perselisihan yang demikian) semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Dan kalaulah tidak kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman) hingga ke suatu masa yang tertentu, tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta-merta kepada mereka. Dan sesungguhnya orang-orang yang diberikan Allah mewarisi Kitab ugama kemudian daripada mereka, berada dalam keadaan syak yang menggelisahkan terhadap Kitab itu."
    (QS. Asy-Syura 42: Ayat 14)

    Janganlah kita berkelahi sesama muslim..

    Zikir ini telah di turunkan oleh para alim ulamak & guru yang murshid, zikir ini juga menjadi amalan para wali Allah..

    Wallahu A'lam Bishawab

    ReplyDelete
  33. MIFS, Jika belum sampai maqam belajarlah lagi. Nur Muhammad pun tak kenal. Sedih saya.

    ReplyDelete
  34. “Sesungguhnya yang paling aku khawatirkan atas kamu adalah seseorang yang telah membaca (menghafal) al-Qur’ân, sehingga ketika telah tampak kebagusannya terhadap al-Qur’ân dan dia menjadi pembela Islam, dia terlepas dari al-Qur’ân, membuangnya di belakang punggungnya, dan menyerang tetangganya dengan pedang dan menuduhnya musyrik”. Aku (Hudzaifah) bertanya, “Wahai nabi Allâh, siapakah yang lebih pantas disebut musyrik, penuduh atau yang dituduh?”. Beliau menjawab, “Penuduhnya”. (HR. Bukhâri dalam at-Târîkh, Abu Ya’la, Ibnu Hibbân dan al-Bazzâr).

    ReplyDelete
  35. Assalamu alaikum. Bagi sobat yg ingin belajar ttg Nur Muhammad, silakan buka 2 link diatas. Sy belajar darinya. Yg diperlukan buka hati untuk belajar, buka hati tuk terima kebenaran.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hadis 35 - HUBUNGAN SESAMA ISLAM DAN HAK-HAK MUSLIM ( Imam Nawawi )

Perjalanan Hijrah Dan Dakwah Rasulullah SAW