Fakta Ringkas Tentang Sihir..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya kerana saya telah dapat menyiapkan tugasan saya dan menyediakan fakta serta info-info sedikit tentang SIHIR.

Saya memilih tajuk ini kerana saya melihat sejak akhir-akhir ini sihir tumbuh bagaikan cendawan. Ahli sihir boleh hidup dengan bebas kerana tiada mahkamah yang boleh mendakwa dan menghukum . Mangsa-mangsa sihir pula terus menderita  dengan penuh sengsara kerana tiada hospital yang boleh merawat mereka sertaa tiada undang-undang yang boleh membela mereka.

Menjadi tanggungjawab dan kewajiban para ulama islam dalam menjelaskan kepada masyarakat  tentang bahaya sihir dan yang lebih penting daripada itu ialah berusaha memberikan rawatan yang sesuai dengan ajaran islam bagi mereka yang terkena sihir supaya mereka tidak pergi kepada ahli-ahli sihir yng musyrik untuk mengubati pesakit atau pun mengerjakan sihir.





Sihir




Definisi

Sihir adalah satu perbuatan hasad dengki melibatkan bantuan jin dimana seseorang tersebut meminta bantuan daripada dukun atau meminta secara terus terang dengan syaitan untuk melaksanakan hajat  buruk mereka. Sihir tergolong dalam kejahatan yang dikehendaki Allah S.W.T. Wujudnya ia didunia ini sebagai ujian dan cubaan, walaupun tidak diredhaiNya. Allah S.W.T melarang manusia melakukannya.

Defini ringkas ialah “Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu dibawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misteri.”
Dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakitkan atau mempengaruhi badan, hati, atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (Ghaib) yang melibatkan makhluk halus,dan dilakukan diluar hokum alam bagi mencapai tujuan tertentu.

Terdapat perbezaan yang tipis antara sihir dengan mukjizat. Mukjizat mengubah sesuatu hakikat dengan percubaan yang betul-betul terjadi dan mukjizat inilah yang menjadi rahsia masuk islamnya para penyihir Fir’aun.

Jenis- jenis sihir ialah :

      Sihir Rumahtangga/ Penceraian
      Sihir Pengasih / Guna-guna
      Sihir Tipuan Pandangan / Silap Mata
      Sihir Gila
      Sihir Santau
      Sihir Kelesuan Badan
      Sihir Penyakit Anggota Badan
      Sihir Penghalang Pernikahan


 Sebab-sebab berlakunya sihir ini akibat manusia tidak puas hati dan dengki terhadap manusia lain dan akhirnya meminta bantuan jin dan syaitan untuk membalas dendam dengan membuat orang yang dimusuhi menderita kesakitan.

  •  Tanda-tanda terkena sihir


  1.       Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
  2. .      Badan terasa berat dan malas
  3. .      Sukar mendapat jodoh
  4. .      Badan terasa bias-bisa
  5.       Sakit ketika ziarah orang meninggal
  6.     Sukar tidur malam
  7.     Sakit pinggang tanpa sebab
  8.     Sakit dada bila waktu asar ke atas
  9.  Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya
  10.  Bermimpi bayi atau menyusukan bayi
  11. .  Bermimpi ditempat tinggi
  12.   Bermimpi ditempat kotor
  13.   Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil
  14.   Malas beribadat
  15.   Panas baran
  16.   Sikap berubah secara mendaak
  17.   Gelisah dan panas ditengkuk apabila mendengar al-quran
  18.   Kerap keguguran
  19.   Selalu ditindih ketika tidur
  20.   Nafsu seksual yang melampau
  21. Terasa diri diperhatikan
  22.  Melihat jin secara teru
Dan banyak lagi tanda-tanda yang buruk dan tidak baik.



Sejarah Ilmu Sihir

Ilmu sihir itu sudah ada sejak zaman dahulu. Hingga kini pun ilmu tersebut tetap di praktikkan oleh manusia baik untuk tujuan jahat mahupun kebaikan. Sihir dalam kaca mata mistik adalah sisitem konsep yang merupakan kemampuan manusia untuk mengendalikan alam termasuk kejadian, mistik, paranormal atau supernatural.

Ilmu sihir ini pertama kali ada pada zaman Nabi Sulaiman a.s . Dahulu para syaitan naik ke langit untuk mencuri khabar yang disampaikan oleh para malaikat tentang sesuatu yang akan terjadi di muka bumi berupa kematian, ilmu ghaib dan perintah Allah S.W.T..
Tentang masalah hakikat sihir ini dijelaskan dalam Al-Quran karim yang berbunyi :

“Dan mereka mengikut apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir padahal sulaiman itu tidak kafir tidak mengerjakan sihir hanya syaitan-syaitan itulah yang kafir mengerjakan sihir. Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat negeri Babil iaitu Harut dan Marut. Sedang keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seorang pun sebelum mengatakan :
   “ Sesungguhnya kami hanya cubaan bagimu sebab itu janganlah kamu kafir. Maka mereka mempelajari sihir itu mereka dapat menceraikan antara seorang suami dengan isterinya. Dan mereka itu ahli sihir tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorang pun kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat.”
( Surah Al-Baqarah 102 )



 Firman Allah S.W.T Dan Sabda Rasulullah S.A.W Tentang Sihir

Pengamal sihir  dihukum kufur apabila memuja dan menyeru jin serta syaitan dalam amalan sihirnya. Meminta khidmat pengamal sihir juga haram dan berdosa.

“ Sihir menurut Rasulullah, satu daripada dosa besar. Ia merosak dan menghancurkan sesuatu bangsa dan darjat pelakunya jatuh sama ada di dunia atau di akhirat,” katanya.
Nabi Muhammad S.A.W  bersabda maksudnya : “ Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan. Sahabat bertanya : Apakah tujuh perkara itu? Baginda menjawab: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh orang tanpa hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan baik berzina,”  
( Hadis Riwayat Bukhari )

Haramnya sihir bukan hanya pada tukang sihir malah merangkumi individu yang mempercayai apa saja yang diperkatakan tukang sihir terbabit.
Antara perbuatan tukang sihir yang ketara dalam masyarakat ialah memisahkan hubungan suami isteri, menganggu seseorang dan menimbulkan suasana tidak tenteram dalam masyarakat. Orang yang bersahabat meminta pertolongan dan menggunakan jin seperti tukang sihir tukang tenung tergolong didalam golongan yang menzalimi diri sendiri.
Ini kerana al-Quran menjelaskan perkara ini maksudnya:

 “ Dan janganlah engkau wahai Muhammad menyembah atau memuja yang lain daripada selain Allah yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu sekiranya engkau mengerjakan yang demikian,maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu.
( Surah Yunus : 106 )


 Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya :

“ Sesiapa yang menemui tukang tilik atau tukang sihir dan menanyakan sesuatu kepadanya lalu terus mempercayai apa yang dikatakannya maka sesungguhnya telah mengkufurkan apa yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
( Riwayat Ahmad dan Hakim )

Sabda baginda lagi, maksudnya :

“ Bukan dari golongan kami sesiapa yang merasa sial atau meminta diramalkan kesialannya atau merenung nasib atau kesialannya atau merenung nasib atau minta ditenungkan atau mensihirkan atau meminta disihirkan.”
( Riwayat Al-Tabrani )

Amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri seperti ilmu kebal,ilmu pengasih, ilmu pelemah hati dan ilmu penjauh jin yang dicampuradukkan dengan sihir adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam.
Di dalam hadis riwayat Abu Daud dan imam Ahmad, Rasulullah S.A.W pernah bersabda maksudnya :

“ Sesungguhnya jampi mantera, tangkal dan ilmu pengasih adalah syirik.”
( Riwayat Abu Daud dan Ahmad )

“ Al-Quran mengajar kita berlindung diri kepada Allah daripada kejahatan tukang sihir. FirmanNya bermaksud:

“ Dan aku berlindung diri daripada kejahatan tukang meniup simpul.”
( Al-Falaq :4 )



  Hukum Syarie Dan Pendapat Ahli Fekah


Menurut Dr Abdul Salam, walaupun tiada peruntukan undang-undang khusus kepada pengamal ilmu sihir, mereka boleh diambil tindakan apabila  “ Menurut pendapat ahli fekah, hukuman bunuh boleh dikenakan kepada pengamal sihir disebabkan perbuatan mereka yang membahayakan masyarakat.

“ Apabila kita mendapat ada orang menggunakan khidmat bomoh yang mengamal ilmu sihir, kita hendaklah berusaha memberi nasihat  supaya tidak berbuat demikian. Ini kerana ia haram dan berdosa. Sihir membawa kemudaratan kepada diri dan agama,” Katanya.
Pendek kata ilmu dan amalan yang bertentangan dengan Islam dilarang sama sekali.



 Fatwa Malaysia

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke 33 yang bersidang pada 11 Oct 1993 telah membincangkan Amalan Ilmu Hitam/ Sihir. Muzakarah telah memutuskan bahawa :

1.      Perbuatan sihir adalah dosa besar dan boleh membawa kepada syirik dan hukum mempelajarinya adalah haram.

2.      Pengamal sihir yang mendatangkan mudarat kepada manusia adalah berdosa besar dan pelaku jenayah, maka wajib dihukum qisas/ hudud.

3.      Pihak berkaitan hendaklah menyediakan peruntukan undang-undang  bagi menghukum pengamal-pengamal yang sabit melakukan sihir.
                                


 Cara Mengatasi Gejala Sihir


Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samaada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad S.A.W pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid Bin A’sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat al-Quran yang dinamakan Al-Muawwizat iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat dari surah Al-Baqarah iaitu ayat 255,256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T  boleh menyembuhkan sihir.

Ayat-ayat yang boleh diamalkan untuk mengelak dari sihir dan menyembuhkan sihir ialah seperti berikut :-

        i.            Surah Al-Baqarah :  1-6
      ii.            Surah Al- Baqarah : 255-257
    iii.            Surah Al_Baqarah : 284-286
    iv.            Surah Al- A’raf : 118-122
      v.            Surah Toha : 69
    vi.            Surah Yunus : 81-82
  vii.            3 Qul  dibaca 3 kali sebelum tidur



Jenis-jenis sihir



                                i.            Sihir Rumahtangga/ Penceraian

  • Sihir yang digunakan untuk memisahkan atau menceraikan suami isteri  dengan menimbulkan kebencian  dan permusuhan antara dua sahabat atau dua orang rakan kongsi.  Tanda sihir pemisah ini ialah perubahan tiba-tiba dari cinta menjadi benci, berlaku keraguan antara suami isteri, enggan meminta maaf dan banyak lagi.





                              ii.            Sihir guna-guna / percintaan ( Minyak Dagu )

  • Sihir ini timbul berbagai-bagai perselisihan antara suami isteri dan perasaan cemburu wanita memang hebat mereka selalu cemas jika suaminya akan berkahwin lagi.  Tanda sihir adalah gejolak cinta yang keterlaluan, hasrat yang berlebihan untuk melakukan hubungan seksual, sukar mengawal cinta, rindu bayang yang berlebihan dan patuh secara buta tuli.





                            iii.            Sihir memperdayakan pandangan

  • Dikenali sihir khayalan. Mendatangkan sesuatu yang diketahui orang sehingga orang ramai melihat sesuatu itu tidak sebagaimana sebenar.  Tanda sihir ini ialah orang melihat benda yang diam seolah-olah bergerak dan sebaliknya, melihat yang kecil menjadi besar sebaliknya.



                            iv.            Sihir Gila

  • Sihir ini dikenali sebagai sihir membuatkan gila. Cara sihir ini ialah jin yang diberi tugas melakukan sihir masuk ke dalam tubuh orang yang disihir dan berpusat di otak kemudian menekan sel-sel yang berkaitan dengan daya fikiran dan daya ingatan.  Tanda sihir gila ialah melatah binggung dan lupa sesuatu, meracau dalam perbicaraan, mata kuyu, tidak boleh tenang di suatu tempat,tidak boleh meneruskan pekerjaan tertentu dan banyak lagi.




                              v.            Sihir Santau

  • Santau ialah sejenis bahan adunan yang mengandungi racun halus seperti tumbuhan berduri dan binatang berbisa yang dihantar secara langsung ataupun secara tidak langsung bertujuan bagi menyakiti pihak lawan yang akhirnya boleh membawa maut dengan izin Allah S.W.T.  Sebab berlakunya santau ialah ingin membalas dendam kepada musuh, iri hati dan hasad dengki dan banyak lagi.  Tanda sihir ini ialah batuk yang berlarutan kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca, sakit sesak nafas terutama pada waktu maghrib, bawah mata biru seperti orang tidak cukup tidur dans ebagainya.





Luruskanlah aqidah agar tidak terjebak dan berkawan dengan jin dan syaitan.Yang hanya membawa bala dalam diri. Sentiasa mendekatkan diri kepada ALLAH TAALA..

Tiada yang berkuasa selain Allah.Memintalah kepada Allah bukannya kepada bomoh,jin dan syaitan .Melakukan perbuatan-perbuatan khurafat dan syirik yang menyekutukan Allah Taala..






Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Zikir Penenang Hati - Hasbi Rabbi..

Hadis 35 - HUBUNGAN SESAMA ISLAM DAN HAK-HAK MUSLIM ( Imam Nawawi )

Perjalanan Hijrah Dan Dakwah Rasulullah SAW