Jangan Marah La Taghdab
Dalam menghentikan rasa amarah ini, aku terfikir sejenak, tidakkah perbuatan memendam rasa ini akan menjadi dendam di lain masa nanti? Aku tidak boleh marah? Apakah maksudnya marah itu? Aku keliru sendiri. Mengapa harus ada perasaan marah itu? Alangkah bahagianya jika tiada perasaan marah. Tapi keliru semula. Apakah lengkap diri kita tanpa ada perasaan marah? Adakah dunia ini akan jadi aman tanpa perasaan marah? Aku pun tertanya sendiri.
Bila diamati semula, punca pertelingkahan ini atas sebab yang agak remeh-temeh. Tapi entah bagaimana seperti ditiupkan lagi api kemarahan ini apabila kita saling ego dan tidak mahu mengalah dengan menuding jari tentang siapa salah. Pokok pangkalnya, cuma yang aku mahu adalah "bahagia", gembira sentiasa, merasa aman dan tenteram selalu. Tapi ada waktunya, perasaan insan lemah dan tidak berdaya sepertiku ini akan sentiasa berubah-ubah.Wahai insan yang sangat ku sayang dan ku cinta, maafkanlah jika aku selalu mengguris perasaan dan hatimu.
Setelah agak lama aku mendiamkan diri, akhirnya aku mendapat kesimpulannya. Dalam hidup ini, setiap perhubungan,pertalian,persahabatan harus bijak mengendalikannya. Kita harus bijak mengawal emosi marah, biarkan akal menjadi juri. Marah yang tidak terkawal bisa membinasakan diri sendiri dan membawa kepada kehancuran istana cinta yang dibina. Itulah akibatnya jika kita tidak mendahulukan sifat sabar tetapi melebihkan sifat-sifat syaitan yang dikeji oleh Allah S.W.T. Oleh itu, kita sebagai umat Islam hendaklah menjauhinya. Kita tidak akan rugi jika menahan rasa marah kerana Allah menjanjikan syurga kepada orang-orang yang sabar.
Imam Bukhari meriwayatkan, Abu Hurairah menceritakan bahawa seorang lelaki datang meminta nasihat daripada Rasulullah s.a.w, baginda menjawab “ Jangan marah”. Lelaki tersebut mengulangi soalannya. Rasulullah s.a.w menjawab “Jangan marah”. Soalan diulang lagi beberapa kali, lantas baginda mengulang juga jawapan yang sama. (no 6116). Di dalam riwayat Imam Tarmizi, lelaki itu berkata “Wahai Rasulullah, berilah nasihat kepadaku dan janganlah terlalu banyak, moga aku senang memahaminya”.(no 1943)Lantas baginda menjawab “Jangan marah”.
Imam Bukhari meriwayatkan, Abu Hurairah menceritakan bahawa seorang lelaki datang meminta nasihat daripada Rasulullah s.a.w, baginda menjawab “ Jangan marah”. Lelaki tersebut mengulangi soalannya. Rasulullah s.a.w menjawab “Jangan marah”. Soalan diulang lagi beberapa kali, lantas baginda mengulang juga jawapan yang sama. (no 6116). Di dalam riwayat Imam Tarmizi, lelaki itu berkata “Wahai Rasulullah, berilah nasihat kepadaku dan janganlah terlalu banyak, moga aku senang memahaminya”.(no 1943)Lantas baginda menjawab “Jangan marah”.
Sabda Nabi S.A.W, "Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring" (Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)
salam.takniah kerana menyediakan tazkirah yang berfaedah kepada semua,teruskan jihadmu kejalan yang diredhai Allah swt.
ReplyDeletesaya suka..tenang hati saya tika rasa marah mnelubungi hati saya suka buka blog ni..trima kasih bkongsi ilmu
ReplyDeleteAlhamdulillah..semoga brmanfaat kpd antum. Yg baik dtg drp Allah. Yg kurang dtg dr diri ana.mohon maaf jika ad kkuramgannya didlm mmberi tarbiyah dn dakwah
ReplyDeletekenal Allah tiada lagi marah
ReplyDeleteASSALAMUALAIKUM W.B.T... SAUDARA SERTA SAUDARI SEKALIAN.. saya seorang hamba yang Jahil dan Hina.. ingin menyanyakan pendapat dan ingin mendapat teguran yang membina... Saya ingin bercerita.. betulkah apa yang saya lakukan.. SAYA ni Seorang Homoseks.. dan ingin kembali ke pangkal jalan.. saya pernah mempelajari ilmu agama.. kerana family saya bukan family bersosial... Saua cepat terpengaruh.. saya beru berusia 21.. saya betul2 ingin BERTAUBAT.. saya sedang mempelajari ilmu agama yang lebih mendalam san berguru.. persekitaran saya sume kwn2 yang HOMOSEKS juga.. saya ada seorang kwn yang betul boleh dipanggil SAHABAT.. akan kerana dia selalu bg support akan saya.. saya berasa menyesal dan ingin ke pangkal jalan.. saya mendiamkan diri dari kwn2 sy.. sbb saya mahu menjadi lebih baik dan selalu b3rsama keluarga saya sahaja sekarang.. SAYA MENDIAMKAN DIRI KERANA saya nak perbaiki dan m3ngenal diri ini lebih lagi dan mempelajari mengawal kemarahan dan akhlak saya.. tetapi kwn2 saya maki hamun saya kata saya ni bodoh.. kebudak2 budakan dan tidak matang.. apa salah saya.. saya hanya mahukan masa depan yang cerah.. kenapa sampai mcmtu.. saya sedih diorg kata saya ni bukan2.. saya minta maaf kat diorg tp diorg kata saya ni bajet bagus dan feeling.. salah ke?? Saya xmenunjuk pun.. saya hanya diamkan diri sahaja.. salah ke perbuatan saya mendiamkan diri untuk menjadi seorang MUSLIM yang berguna.. jangan cerca saya.. maafkan saya.. Jazakallahu Khairan..
ReplyDeleteSaya tahu saya sudah melakukan suatu perkara yang bodoh.. saya ingin bertaubat.. tetapi saya sedang mempelaji cara mengawal.. SAYA HINA.. HARAP DAPAT BERI TEGURAN YANG BERGUNA.. JANGAN CERCA SAYA.. SAYA JAHIL DAN PERLUKAN SEORANG YANG BOLEH KUATKAN SAYA.. SAYA PERLUKAN PANDANGAN ... BETUL KE CAFA SAYA MENDIAMKAN DIRI UNTUK KEMBALI KE PANGKAL JALAN???
ReplyDeleteAssalamualaikum..Alhamdulillah ..Saudari Myerol , beruzlah lah yakni membawa diri kepada Allah Taala.. Tinggalkan duniamu yng dulu. Setiap manusia itu mampu berubah. Selalulah bertaubat dan berdoa kpd Allah agar diberi kekuatan dan keampunan. Allah akan bantu hambanya yg ingin brtaubat dan tidak akan mengulangi perbuatannya itu kembali...
ReplyDeleteAssalamu'Alaikum,, Saudara Myerol Allah maha pengampun kembalilah kejalan yang benar, perbanyaklah puasa sunnah,Tahajjud, sholat taubat. mohonlah petunjuk kepada Allah agar dibimbing kejalan yang lurus, salah satu hal yang dapat memudahkan anda dari kebiasaan buruk tersebut adalah perbanyaklah teman atau kerabat orang2 yang sholeh, hindari hal2 yang yang dapat menjerumuskan anda kejalan itu lagi. Allah akan mengampuni dosa selain syirik jika kita benar2 bertaubat. smg Anda mendapatkan hidayah dari Allah SWT. Aamiin.
ReplyDelete