~Hari Kehancuran Dunia~


Dunia hampir ke akhir zaman,,telah banyak tanda2 yang Allah dh tunjukkan seperti fenomena tsunami,gempa bumi,banjir,letusan gunung berapi dan bermacam2 lagi.. jadi sedar lah wahai manusia dunia sudah menghampiri kiamat,berbagai-bagai tanda2 kiamat yang Allah tunjukkan..
 Tanda2 yang terdapat dalam Al-Quran yang telah berlaku di bumi ini ialah

1. peperangan @ perpecahan kaum yang berlaku di negara Arab: Pada beberapa bulan lepas terjadi rusuhan di negara Arab. 

2. Akan berlaku tsunami yang hebat di negara Jepun: Pada bulan lepas berlakunya tsunami tersebut menyebabkan separuh negara maju tersebut musnah dan mengalami kerugian yang banyak dn kematian yang ramai..Itu tanda yang sangat jelas. 
Sebenarnya banyak lagi yang tanda2 yang telah Allah tunjukkan pada kita,cuma kita yang tidak sedar dan masih leka dengan urusan duniawi. 
Jadi taubatlah wahai manusia,dan jangan menambah atau melakukan perkara2 yang membuatkan Allah murka pada kita,Sesungguhny Firman Allah, “Dan sesungguhnya Hari Kiamat itu pastilah datang, tak ada keraguan padanya; dan bahwasanya Allah membangkitkan semua orang di dalam kubur (Al-hajj:7).

Jadi marilah kita bersama2 mengejar saham akhirat sebagai bekalan untuk di bawa ke sana,,dan mendekat kan diri pada Allah dn jauhkan dari Azabnya.



Surah Az-Zalzalah

Mengenai hari kiamat

[1] Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya

[2] Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya

[3] Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?"

[4] Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya

[5] Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).

[6] Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.

[7] Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

[8] Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! 
                                                                                

Comments

Popular posts from this blog

Zikir Penenang Hati - Hasbi Rabbi..

Hadis 35 - HUBUNGAN SESAMA ISLAM DAN HAK-HAK MUSLIM ( Imam Nawawi )

Perjalanan Hijrah Dan Dakwah Rasulullah SAW