SAHABAT



Sahabat…
Seketika dahulu kita sangat akrab
Makan sepinggan, minum segelas bersama
Baju pun sering berkongsi
Sehingga mak ayah pun kita berkongsi
Dan kau telah mak ayah jadikan spt anak sendiri
Gurau senda sering memecahkan kesunyian ruang tv dan offices
Dalam keletihan, tangan-tanganmu yang mengurutku
Bila aku buntuh dan berserabut, kau jugalah tempat aku meluah
Tapi… itu hanyalah kenangan lepas yang dah berlalu ditelan waktu

Sahabat…
Dalam jagaku
Aku mencari-cari di mana engkau yang telah menjauhkan diri dariku
Aku mencari diriku sebenar, di mana engkau letakkan diriku
Dalam keikhlasanku bersahabat denganmu
Dari susah aku sering bersamamu
Malah aku sanggup merendahkan ‘malu’ ku
Semata-mata cuba memenuhi segala keperluan
Dan kehendak peribadimu
Aku tidak boleh melihat kesusahan kawanku

Sahabat…
Sampai satu tahap,
Kau buang aku sedikit demi sedikit
Akhirnya diriku kau buang terus dalam hidupmu
Aku terkilan bila kau mulai sisihkan aku
Bila dah jumpa kawan yang lebih cantik dan sebati dengan jiwamu
Aku kau anggap tak wujud dalam hidupmu
Terkesima aku seketika
Bila melihat kau terlalu ambil berat kawan rapatmu yang baru
Kau jaga makan minumnya
Malah makan minum juga bersama seperti kita suatu ketika dulu
sementara aku tekun memerhati tindakanmu didepan mataku
Mindaku ni ligat bermain soal jawab
Mengapa selama ini aku terlalu bersusah payah demi
Sebuah persahabatan yang tidak dihargai?
Mengapa aku yang serba kekurangan tidak dapat diterima seadanya?
Mengapa aku disisihkan sebegitu rupa?
Mengapa kelemahan dan kekurangan sikapku menjadi alasan menjauhkan aku?
Aku hanya mampu memerhati dan terus memerhati

Sahabat…
Dalam celikku
Aku mendapat jawapan
Manusia itu penuh dengan sikap tidak pernah bersyukur
Bila kita di atas, memang ramailah yang akan berkawan dengan kita
Lebih-lebih lagi yang memiliki kerjaya dan kecantikkan
Itulah package utama dalam sesebuah persahabatan Akhir zaman ini
Bila kita berada di bawah, seorang pun tidak pandang
Malah takut kesusahan dan penderitaan hidup kita
Akan kena tempias mereka pulak

Sahabat…
Bila kawan rapatmu yang baru, berhenti kerja
Kau kembali kepadaku
Bergurau senda seperti dahulu
Aku menerimamu dengan ikhlas
Walaupun suatu ketika kau pernah tak endahkan aku
Aku tetap menjaga hatimu
Mendengar mslhmu
Juga beri sedikit nasihat bila kau perlukan
Tapi, itu tidak berpanjangan
Kau sisihkan aku lagi

Sahabat...
Cepatnya masa berlalu
Sehingga kini
Kau bersama hidupmu
Dengan kawan-kawanmu yang kau senangi dan sesuai dengan jiwamu
Tapi kau perlu tahu
Sebuah persahabatan yang ikhlas dan tulus
Adalah saling menerima kekurangan dan kelemahan kawan kita
Bukan dengan meninggalkannya bila dia bengkok
Tapi kau lah yang berfungsi sebagai kawan untuk MELURUSKANnya
Itulah erti sebenar persahabatan

Sahabat…
Berkawan denganmu beberapa tahun
Sudah cukup memberikan aku banyak ilmu tentang ‘dunia kawan’
Segala maki hamun dan bersuara tinggi yang kau lontarkan padaku
Juga masih segar dalam ingatanku
Sedangkan aku, sepatah perkataan maki hamun langsung tidak pernah
Terkeluar dari mulutku ini untuk mencaci mu
Bersuara tinggi pun aku tak pernah padamu
Sbb aku tidak diajar memaki hamun orang
Mak ayahku tidak pernah maki orang
Warisan itulah turun pada anaknya

Sahabat…
Aku bukan insan sempurna
Aku manusia yang dilahirkan dengan KELEMAHAN
Andai kelemahanku kau tak suka
Bersabarlah, bukan dengan meninggalkan aku
Cara yang terbaik kau  bersabar.

Sahabat…
Terima kasih diatas ilmu ‘persahabatan’ kau beri padaku
Adatlah sebagai manusia
Mudah lupa bila sudah senang
Sedangkan aku masih terkapai-kapai
Dalam mencari hala tuju kehidupanku lagi

Sahabat…
Rezeki itu, bukan ditangan kita
Tapi ditangan Rabb
Begitu juga dengan rezekiku
insyaAllah bila terbuka pintu rezekiku
Aku juga mampu untuk dapat kehidupan yang lebih selesa
Dan kerjaya yang baik
Aku tidak perlu sanjungan darimu
aku Cuma mahu
kau ingati saat-saat kita akrab suatu ketika dahulu
hanya itu permintaanku, tiada lebih dari itu

Sahabat…
kau juga adalah wanita sepertiku
BERLEMBUTLAH dalam apa juga tindakan mahupun perbuatan
Itulah akhlak wanita yang paling sukar ditemui dan perolehi
Carilah ‘ia’ bila tidak berjumpa
Pelajarilah ia bila diri diselubungi kekasaran
Agar tidak ada hati orang lain yang terguris selepas ku
Sifat kelembutan itulah asset wanita paling berharga sebagai akhlaknya

Comments

Popular posts from this blog

Zikir Penenang Hati - Hasbi Rabbi..

Hadis 35 - HUBUNGAN SESAMA ISLAM DAN HAK-HAK MUSLIM ( Imam Nawawi )

Perjalanan Hijrah Dan Dakwah Rasulullah SAW