Hadis 35 - HUBUNGAN SESAMA ISLAM DAN HAK-HAK MUSLIM ( Imam Nawawi )
بسم الله الرحمن الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya kerana diizinkan untuk berkongi dan menerangkan tentang sebuah hadis melalui kitab hadith 40 yang telah disusun oleh yang mulia Imam Nawawi rahmatullahi Ta’ala. Hadith Arba’in Nawawiyah adalah kumpulan 40 hadith Nabi Muhammad s.a.w yang dikumpulkan oleh Imam Nawawi ra. dan merupakan kitab yang tidak asing bagi kita umat Islam di seluruh dunia. Umat Islam mengenalnya dan akrab dengannya, kerana banyak dibahas oleh para ulama dan menjadi rujukan dalam menyebarkan ajaran Islam kepada kaum muslimin berkaitan dengan kehidupan beragama, ibadah, muamalah dan syariah. Imam Nawawi dalam mengumpulkan hadith-hadith ini telah berinspirasi dengan hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Ali, Abdullah bin Mas’ud, Mu’adz bin Jabal, Abi Darda, Ibnu Umar, Ibnu Abba