Posts

Showing posts from August, 2021

Biodata Tokoh Islam Terulung / Riwayat Ibnu Majah

Image
  Riwayat Abu Majah Latar Belakang Penulis   Imam Ibnu Majah ( 207- 273 H ).     Beliau ialah Abu Abdullah Muhammad bin Yazid bin Abdullah bin Majah Al-Qazwini Ar-Rab’i, pengarang kitab sunan, tafsir dan tarikh (sejarah Islam). Beliau dilahirkan pada tahun 207 Hijrah bersamaan 824 M di Qazwin, Iran. Beliau telah merantau ke pelbagai kota untuk menulis hadith. Antara yang pernah dikunjungi ialah Basrah, Kufah, Baghdad, Syam, Mesir dan Hijaz. Kitabnya yang terkenal ialah Sunan Ibn Majah yang merupakan salah sebuah kitab sunan utama yang empat dan salah satu dari induk kitab yang enam. Ulama yang pertama memasukkan Sunan Ibn Majah ke dalam kategori kitab-kitab pokok ialah : Abu al-Fadl bin Thahir al- Maqdisi (m. 507 H ) Al-Hafiz abd al-Ghani al-Maqdisi juga turut memasukkan Sunan Ibn Majah ini di dalam kitabnya al-Ikmal fi Asma’ al-Rijal (iaitu Rijal Kutub Sittah). Menurut   Ibn Kathir, Sunan Ibn Majah merupakan kitab yang banyak faedahnya dan baik susunan bab-babnya dalam

Jodoh Itu Ketentuan Tuhan

Image
  Assalamualaikum, buat para pembaca yang disayangi.   Pagi yang tenang ini saya ingin nukilkan sedikit luahan berkaitan jodoh. Sejauh mana kita memahami definisi jodoh itu.   Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman. يَا عَلِيُّ ، ثَلاَثٌ لاَ تُؤَخِّرْهَا : الصَّلاَةُ إِذَا آنَتْ ، وَالجَنَازَةُ إِذَا حَضَرَتْ وَالأَيِّمُ إِذَا وَجَدْتَ لَهَا كُفْئًا Maksudnya  :”Wahai Ali tiga perkara jangan engkau lewatkan. Solat jika ia telah masuk. Pengurusan jenazah jika telah datang ke

Sifat Orang Mukmin Mudah Memaafkan Kesalahan Orang Lain

Image
  Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. Sahabat yang dirahmati Allah, Manusia biasa sering melakukan kesilapan dan kesalahan. Sebaik-baik orang yang bersalah adalah perlu meminta maaf. Jika seseorang yang bukan Islam terkeluar perkataan yang menyinggung perasaan umat Islam, dan dia sedar perkataannya itu mendatangkan kemarahan umat Islam dan dia secara suka rela meminta maaf dan menyesal di atas keterlanjurannya maka kita sepatutnya memaafkannya. Sifat pemaaf adalah akhlak muslim yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kita semua. Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah sebaik-baik contoh ikutan bagi seluruh umat manusia. Antara contoh keperibadian yang tinggi yang wujud dalam diri Rasulullah SAW adalah sikap pemaaf baginda. Ini dapat kita perhatik