Biodata Tokoh Islam Terulung / Riwayat Ibnu Majah
Riwayat Abu Majah Latar Belakang Penulis Imam Ibnu Majah ( 207- 273 H ). Beliau ialah Abu Abdullah Muhammad bin Yazid bin Abdullah bin Majah Al-Qazwini Ar-Rab’i, pengarang kitab sunan, tafsir dan tarikh (sejarah Islam). Beliau dilahirkan pada tahun 207 Hijrah bersamaan 824 M di Qazwin, Iran. Beliau telah merantau ke pelbagai kota untuk menulis hadith. Antara yang pernah dikunjungi ialah Basrah, Kufah, Baghdad, Syam, Mesir dan Hijaz. Kitabnya yang terkenal ialah Sunan Ibn Majah yang merupakan salah sebuah kitab sunan utama yang empat dan salah satu dari induk kitab yang enam. Ulama yang pertama memasukkan Sunan Ibn Majah ke dalam kategori kitab-kitab pokok ialah : Abu al-Fadl bin Thahir al- Maqdisi (m. 507 H ) Al-Hafiz abd al-Ghani al-Maqdisi juga turut memasukkan Sunan Ibn Majah ini di dalam kitabnya al-Ikmal fi Asma’ al-Rijal (iaitu Rijal Kutub Sittah). Menurut Ibn Kathir, Sunan Ibn Majah merupakan kitab yang banyak faedahnya dan baik susunan bab-babnya dalam