Posts

Showing posts from February, 2011

ALLAH Maha Mengetahui

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia2, Allah s.w.t tahu betapa keras engkau sudah berusaha… Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih, Allah s.w.t sudah menghitung air matamu… Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja, Allah s.w.t sedang menunggu bersama denganmu… Ketika kau merasa sendirian dan teman2mu terlalu sibuk untuk menalipon, Allah s.w.t selalu berada disampingmu… Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi, Allah s.w.t punya jawapannya… Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan, Allah s.w.t dapat menenangkanmu… Jika tiba2 kau dapat melihat jejak2 harapan, Allah s.w.t sedang berbisik padamu… Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur, Allah s.w.t telah memberkatimu… Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban, Allah s.w.t telah tersenyum padamu… Ke

Kelebihan Memiliki Anak Perempuan

Pada zaman ini, menjaga anak perempuan terutamanya pada peringkat usia remaja merupakan satu cabaran yang besar buat ibu bapa. Banyak gejala negatif yang melanda kehidupan anak gadis masa kini, menjadikan kita semakin bimbang dengan keselamatan diri mereka. Apakah benar kehadiran dan kurniaan ini menjadi bebanan pada ibu bapa? Atau cabaran kepada ibu dan bapanya? Satu ketika dahulu, kita sukar melihat anak-anak gadis berjalan-jalan di pekan kecil atau pun di kota besar. Saya masih ingat, ayah sering menemani ke mana saja saya pergi, boleh dikatakan ayahlah 'body guard' dan ayah jugalah 'chauffeur' ke mana saja saya pergi. Memang agak sukar kita terserempak remaja perempuan berpimpinan tangan di bandar-bandar, di pusat membeli belah atau di mana sahaja. Kini, yang bertudung tanpa segan silu mempersendakan tuntutan agama sekali gus mempersendakan perintah Allah Taala. Yang tidaak bertudung pula, sama sahaja… tiada yang kurang dan tiada yang lebih. Berani lakukan apa saha

Hadis Nabi Mengenai Wanita

Ramai yang tidak tahu bahawa ada beberapa pekara yang telah tercatit dalam hadis yang mengisahkan perbezaan darjat kaum wanita dan lelaki. Perbezaan-perbezaan ini yang menaikan darjat kaum wanita.Ciri-ciri tersebut disesenaraikan di bawah ini :- Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia". Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin,maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya. Apabila telah lahir anak lalu disusui

Jagalah Mulutmu Dari Perkataan Sia2

Da ri Abi Hurairah r.a. berkata, bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda:  Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah berkata baik atau diam; barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah menghormati jiran tetangganya; dan barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah menghormati tetamunya. ( HR al-Bukhari dan Muslim ) HURAIAN Kalimat “ barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat”,  maksudnya adalah barang siapa beriman dengan keimanan yang sempurna, yang (keimanannya itu) menyelamatkannya dari azab Allah dan membawanya mendapatkan redha Allah, “ maka hendaklah dia berkata baik atau diam”  kerana orang yang beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya tentu diatakut kepada ancaman-ancaman-Nya, mengharapkan pahala-Nya, bersungguh-sungguh melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan-Nya. Yang terpenting dari semuanya itu ialah mengendalikan gerak-geri seluruh anggota ba  dannya kerana kelak dia akan dipertanggungjaw

SALAM MAULIDUR RASUL~Detik terakhir Rasulullah sblm wafat part2~

Image
Ciri Fisik Rasulullah SAW Ali bin Abi Thalib r.a. memerinci ciri fisik Rasulullah saw., “Nabi Muhammad saw. tidak terlalu tinggi dan tidak pula terlalu pendek. Berpostur indah di kalangan kaumnya, tidak terlalu gemuk dan tidak pula terlalu kurus. Perawakannnya bagus sebagai pria yang tampan. Badannya tidak tambun, wajah tidak bulat kecil, warna kulitnya putih kemerah-merahan, sepasang matanya hitam, bulu matanya panjang. Tulang kepalanya dan tulang antara kedua pundaknya besar, bulu badannya halus memanjang dari pusar sampai dada. Rambutnya sedikit, kedua telapak tangan dan telapak kakinya tebal. Apabila berjalan tidak pernah menancapkan kedua telapak kakinya, beliau melangkah dengan cepat dan pasti. Apabila menoleh, beliau menolehkan wajah dan badannya secara bersamaan. Di antara kedua bahunya terdapat tanda kenabian dan memang beliau adalah penutup para nabi. Beliau adalah orang yang paling dermawan, paling berlapang dada, paling jujur ucapannya, paling bertanggung jawab dan p

KHILAFAH sistem pemerintahan ISLAM dan KHALIFAH yang memimpin negara ISLAM.

Image
Khilafah  ( bahasa Arab : خلافة), adalah kepemimpinan,  imamah , biasa juga disebut kekhalifahan. Ia merupakan satu bentuk pemerintahan  Islam . Pemimpin atau ketua pemerintahannya dinamakan  khalifah . Menurut  al-Quran  segala sesuatu di Bumi ini termasuk daya dan kemampuan yang diperolehi seseorang hanyalah kurnia daripada  Allah  (swt). Allah telah menjadikan manusia sebagai khalifah atau wakil Allah (Yang Maha Memiliki) supaya mereka dapat menggunakan kurnia tersebut sesuai dengan keridhaan-Nya. Khalifah  dianggap sebagai pewaris  Nabi Muhammad s.a.w.  Mengikut  Sunah Waljamaah , khalifah dilantik oleh rakyat atau wakilnya, sedangkah pengikut Syiah  menganggap hanya  Ahlul Bait  yang berhak menjadi khalifah. Hadis Imam Ahmad juga diriwayatkan oleh Baihaqi dari Nu'man Bin Basyir; “ “Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya

Rusuhan Di Mesir

Image
Rakyat Mahu Mubarak Berundur Rakyat yang merusuh tidak mengendahkan tindakan Presiden Hosni Mubarak (yang memerintah 30 tahun) membuat sedikit perubahan dalam pemerintahan dengan melantik Naib Presiden dan Perdana Menteri baru. Ini kerana rakyat sudah tidak mahukan itu. Apa yang rakyat mahukan ialah perubahan yang lebih besar. Rakyat Mesir menuntut perubahan pimpinan atau pertukaran regim pemerintah. Apa yang berlaku ini khususnya, adalah natijah daripada rasa tidak puas hati rakyat negara berkenaan terhadap pemimpinnya. Rusuhan yang berlangsung ini adalah disebabkan oleh beberapa isu yang melibatkan isu undang-undang, hak milik awam dan juga isu politik. Contohnya isu kekejaman polis, sekatan terhadap kebebasan bersuara, rasuah dalam pemerintahan dan juga penipuan dalam pilihanraya. Selain itu isu seperti pengangguran yang tinggi, isu gaji yang rendah serta kenaikan harga makanan turut dibangkitkan. Namun begitu, isu pemerintahan selama 30 tahun Presiden Hosni Mubarak yang dipan