SETIAP PERTEMUAN AKAN ADA PERPISAHAN
Bertemu, bermesra dan berpisah adalah perkara lumrah di dalam kehidupan setiap insan. Jika pertemuan hanya sebentar, pastinya nikmat kemesraan belum dapat dirasakan. Jika berlaku perpisahan, rasa kehilangan atau kesedihan tentulah tidak akan terasa. Bagaimanapun kemesraan yang sudah lama terjalin hingga menghasilkan rasa hormat dan sayang yang teguh di jiwa, maka perpisahan yang berlaku akan memberi kesan yang besar kepada jiwa. Ia boleh saja menyedihkan, malah menyakitkan. Berpisah hidup tidak sesakit berpisah mati. Kerana yang hidup masih boleh bertemu dan berhubung lagi. Tapi jika berpisah mati, bagaikan dirobek-robek pedihnya hati, tak akan bertemu lagi didunia ini. Firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran, ayat 185 yang bermaksud: “Tiap-tiap jiwa yang hidup pasti akan merasai mati. Sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga, maka sesungguhnya ia telah berjaya. Kehidupan di dunia itu hanyalah kehidupan y