Posts

Showing posts from 2012

Jangan Marah La Taghdab

Image
                                                          Marah di dalam hati, marahlah semahunya. Kadangkala tidak mampu diungkapkan dengan kata. Bukan mudah untuk meluahkan rasa hati ini kerana terlalu ingin menjaga hati insan tercinta. Mungkin sudah terbiasa memendam perasaan. Aku lebih rela memendamkannya jauh ke dalam tasik hati daripada menimbulkan pertelingkahan dengan dia yang ku sayang. Dalam menghentikan rasa amarah ini, aku terfikir sejenak, tidakkah perbuatan memendam rasa ini akan menjadi dendam di lain masa nanti? Aku tidak boleh marah? Apakah maksudnya marah itu? Aku keliru sendiri. Mengapa harus ada perasaan marah itu? Alangkah bahagianya jika tiada perasaan marah. Tapi keliru semula. Apakah lengkap diri kita tanpa ada perasaan marah? Adakah dunia ini akan jadi aman tanpa perasaan marah? Aku pun tertanya sendiri. Bila diamati semula, punca pertelingkahan ini atas sebab yang agak remeh-temeh. Tapi entah bagaimana seperti ditiupkan lagi api kemarahan ini apabi

Kasih Ibu membawa ke Syurga...

Image
Dari Aisyah r.a katanya: "Seorang wanita datang kepadaku membawa dua orang anaknya, meminta makanan. Tetapi tiada apa yang boleh didapatinya daripadaku ketika itu selain daripada sebiji kurma, lalu kuberikan kepadanya. Kurma itu dibahagi dua dan diberikannya kepada kedua anaknya itu, dan ia sendiri tidak memakannya. Kemudian ia berdiri dan terus pergi. Setelah nabi s.a.w datang, aku ceritakan hal itu kepada baginda. Sabda beginda s.a.w, “Sesiapa mendapat cubaan kerana beberapa anak daripadanya, maka semuanya itu akan menjadi dinding baginya daripada api neraka.” (Bukhari) Subhanallah. Besarnya pengorbanan insan yang bernama IBU. Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata: Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya: “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda

Khas Buat UMMI n IBU Tercinta..

Ibu,, Setiap deras degupan jantungku Engkau mampu merasanya Ketika aku: Sedih Gembira Gelisah Naluri ibumu Bagaikan sebati dalam diriku Ketika aku sedih Kaulah ubat kepada duka laraku Menceriakan dan menghakis Perasaan yang melunturkan Semangatku Ketika aku gembira Engkau juga turut berkongsi Kegembiraan yang menyinari saat Aku hidup di muka bumi ini Sebagai manusia Pabila gelisah menyelubungi jiwaku Engkau masih bersamaku Menolong menyelesaikan Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan Perjalanan hidupku Ibu,,  Selagi hayat dikandung badan Aku akan sentiasa mendampingimu Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua Ibu,, Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya Namun, terimalah keikhklasanku Untuk menyayangi Insan yang mulia ini