Posts

AMALAN BACAAN ZIKIR "Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar"

Image
  Assalamualaikum W.B.T , perkongsian hari ini berkaitan zikir yang sering dibacakan oleh kita. Banyak fadhilat membaca dan mengamalkannya .  Amalan zikir ini sangat dianjurkan dalam Islam, dan terdapat hadith yang menyebutkan keutamaannya.   Rasulullah SAW bersabda    "Lazimkan membaca subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar, kerana semua itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana gugurnya daun dari pohon" .   (HR Ibnu Majah) Selain itu, zikir ini juga dianggap sebagai kalimat yang paling disukai oleh Allah dan ditanam di syurga. Terdapat satu kisah Imam Ahmad Ibn Hanbal dan seorang penjual roti. Pada suatu hari, Imam Ahmad Bin Hanbal seorang ulama besar yang sangat dihormati,  sedang dalam perjalanan dan tiba di sebuah bandar yang tidak dikenali. Disebabkan keletihan, beliau ingin berehat dan bermalam di sebuah masjid. Namun, penjaga masjid tidak membenarkannya bermalam di dalam masjid tersebut. Imam Ahmad cuba menjelaskan siapa dir...

SETIAP PERTEMUAN AKAN ADA PERPISAHAN

Image
Bertemu, bermesra dan berpisah adalah perkara lumrah di dalam kehidupan setiap insan. Jika pertemuan hanya sebentar, pastinya nikmat kemesraan belum dapat dirasakan. Jika berlaku perpisahan, rasa kehilangan atau kesedihan tentulah tidak akan terasa. Bagaimanapun kemesraan yang sudah lama terjalin hingga menghasilkan rasa hormat dan sayang yang teguh di jiwa, maka perpisahan yang berlaku akan memberi kesan yang besar kepada jiwa. Ia boleh saja menyedihkan, malah menyakitkan. Berpisah hidup tidak sesakit berpisah mati. Kerana yang hidup masih boleh bertemu dan berhubung lagi. Tapi jika berpisah mati, bagaikan dirobek-robek pedihnya hati, tak akan bertemu lagi didunia ini. Firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran, ayat 185 yang bermaksud: “Tiap-tiap jiwa yang hidup pasti akan merasai mati. Sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga, maka sesungguhnya ia telah berjaya. Kehidupan di dunia itu hanyalah kehidupan y...

Biodata Tokoh Islam Terulung / Riwayat Ibnu Majah

Image
  Riwayat Abu Majah Latar Belakang Penulis   Imam Ibnu Majah ( 207- 273 H ).     Beliau ialah Abu Abdullah Muhammad bin Yazid bin Abdullah bin Majah Al-Qazwini Ar-Rab’i, pengarang kitab sunan, tafsir dan tarikh (sejarah Islam). Beliau dilahirkan pada tahun 207 Hijrah bersamaan 824 M di Qazwin, Iran. Beliau telah merantau ke pelbagai kota untuk menulis hadith. Antara yang pernah dikunjungi ialah Basrah, Kufah, Baghdad, Syam, Mesir dan Hijaz. Kitabnya yang terkenal ialah Sunan Ibn Majah yang merupakan salah sebuah kitab sunan utama yang empat dan salah satu dari induk kitab yang enam. Ulama yang pertama memasukkan Sunan Ibn Majah ke dalam kategori kitab-kitab pokok ialah : Abu al-Fadl bin Thahir al- Maqdisi (m. 507 H ) Al-Hafiz abd al-Ghani al-Maqdisi juga turut memasukkan Sunan Ibn Majah ini di dalam kitabnya al-Ikmal fi Asma’ al-Rijal (iaitu Rijal Kutub Sittah). Menurut   Ibn Kathir, Sunan Ibn Majah merupakan kitab yang banyak faedahnya dan baik ...