Posts

Showing posts from 2026

SAHABAT SYURGA

Image
       Assalamualaikum w.b.t sahabat semua, sudah lama tidak menulis dan bercerita disini. Kali ini saya gembira untuk berkongsi dan menulis kata-kata buat sahabat yang dicintai.        Rasulullah SAW menekankan kepentingan persahabatan dalam membentuk keperibadian dan iman. Baginda bersabda, “Seseorang itu bergantung pada agama sahabatnya, maka perhatikanlah siapa yang kamu jadikan sahabat” (HR Abu Daud).      Saya teringat kalam seorang guru saya 1 ketika dahulu iaitu " Jika kita berkawan dengan seorang pembuat besi,kita akan terkena percikan panas besi itu. Jika kita berkawan dengan seorang pembuat minyak wangi,maka kita akan mendapat juga bau wanginya itu."      Masyallah, begitu penting dengan siapa yang kita berkawan. Sekiranya kita mempunyai kawan yang baik,kita pasti akan terpengaruh sikap baiknya. Tetapi jika kita berkawan dengan seseorang yang jahat, kita juga boleh terpengaruh dengan sikap jahatnya....