SAHABAT SYURGA

     Assalamualaikum w.b.t sahabat semua, sudah lama tidak menulis dan bercerita disini. Kali ini saya gembira untuk berkongsi dan menulis kata-kata buat sahabat yang dicintai.  
    Rasulullah SAW menekankan kepentingan persahabatan dalam membentuk keperibadian dan iman. Baginda bersabda, “Seseorang itu bergantung pada agama sahabatnya, maka perhatikanlah siapa yang kamu jadikan sahabat” (HR Abu Daud).


    Saya teringat kalam seorang guru saya 1 ketika dahulu iaitu " Jika kita berkawan dengan seorang pembuat besi,kita akan terkena percikan panas besi itu. Jika kita berkawan dengan seorang pembuat minyak wangi,maka kita akan mendapat juga bau wanginya itu."


    Masyallah, begitu penting dengan siapa yang kita berkawan. Sekiranya kita mempunyai kawan yang baik,kita pasti akan terpengaruh sikap baiknya. Tetapi jika kita berkawan dengan seseorang yang jahat, kita juga boleh terpengaruh dengan sikap jahatnya. 


    Jadilah seorang kawan dan sahabat yang baik. Bila sahabat kita tersasar, salinglah nasihat menasihati agar kembali dijalan yang diredhai. Kita manusia yang tidak sempurna,maka jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan orang lain.


    Tugas kita sebagai hamba Allah teruslah melakukan perkara dan perbuatan yang baik dan mencegah perbuatan yang munkar. Begitu juga bila kita punyai sahabat yang nakal , ajaklah mereka melakukan amal kebaikan dan jauhkan perbuatan yang dilarang.


    Kehidupan tanpa sahabat umpama dunia tanpa cahaya. Jalan-jalan yang berliku dilalui dalam gelap. Begitu pentingnya seorang sahabat didalam sebuah perjalanan menuju Tuhan. Carilah sahabat yang mampu mengingatkan kita  tentang akhirat ,yang mampu membawa kita ke jalan Allah dan mampu menjadikan kita hamba yang bertanggungjawab. Kerana sahabat yang baik dan sahabat yang soleh adalah cahaya menuju kebenaran dan menuntun ketika kita celaru ditengah jalan.


Dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda:
أَصْحَابِي كَالنُّجُومِ فَبِأَيِّهِمُ اقْتَدَيْتُمُ اهْتَدَيْتُمْ
Maksudnya: “Para sahabatku seperti bintang-bintang. Dengan sesiapa sahaja kamu ikuti nescaya kamu akan memperoleh petunjuk.”

    Jika kau temukan sahabat yang baik ini, maka janganlah kau lepaskan. Kerana sekuntum bunga yang paling cantik didalam taman belum tentu kau temukan. Peganglah erat tangannya, genggamlah dia dalam doamu dan berikan hak-hak yang terbaik buatnya. Hargailah dia yang ditakdirkan hadir dalam hidupmu. Hormatilah dia dan kehidupannya. Bantulah dia ketika mana dia memerlukan.


    Sahabat yang baik sukar untuk ditemui. Beruntunglah andai kita ditakdirkan memiliki sahabat seperti ini. Sahabat yang baik juga bukan yang selalu ada dikala kita sedang susah dan senang, tapi yang memberi ketenangan dalam apa jua keadaan. Tutur katanya mampu menenangkan jiwa yang duka , nasihatnya mampu mengubah keluhan jiwa, Raut wajahnya sentiasa menenangkan walaupun sekadar senyuman.


     Kadang kala hidup ini tersasar jauh ke tepi, tapi sahabat yang baik akan menuntun jalan yang benar kembali. Kadang kala kita buntu mencari jawapan ,tapi sahabat yang baik akan memberikan jawapan yang menyenangkan tanpa mempersoalkan. Perbezaan umur tidak menjadi halangan dalam sebuah persahabatan yang ikhlas. 


    Andai kita sayang sahabat kita, maka doakanlah mereka. Langkitkan namanya pada Allah didalam setiap doa-doa kita. Allah mengetahui persahabatan yang ikhlas. Semoga Allah pelihara hubungan persahabatan ini hingga ke syurgaNYA. 



Sahabat Syurga 


Comments

Popular posts from this blog

Zikir Penenang Hati - Hasbi Rabbi..

Hadis 35 - HUBUNGAN SESAMA ISLAM DAN HAK-HAK MUSLIM ( Imam Nawawi )

AMALAN BACAAN ZIKIR "Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar"