AMALAN BACAAN ZIKIR "Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar"

 Assalamualaikum W.B.T , perkongsian hari ini berkaitan zikir yang sering dibacakan oleh kita. Banyak fadhilat membaca dan mengamalkannya . Amalan zikir ini sangat dianjurkan dalam Islam, dan terdapat hadith yang menyebutkan keutamaannya. Rasulullah SAW bersabda   "Lazimkan membaca subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar, kerana semua itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana gugurnya daun dari pohon". (HR Ibnu Majah)

Selain itu, zikir ini juga dianggap sebagai kalimat yang paling disukai oleh Allah dan ditanam di syurga.

Terdapat satu kisah Imam Ahmad Ibn Hanbal dan seorang penjual roti.

Pada suatu hari, Imam Ahmad Bin Hanbal seorang ulama besar yang sangat dihormati, sedang dalam perjalanan dan tiba di sebuah bandar yang tidak dikenali. Disebabkan keletihan,beliau ingin berehat dan bermalam di sebuah masjid.

Namun, penjaga masjid tidak membenarkannya bermalam di dalam masjid tersebut. ImamAhmad cuba menjelaskan siapa dirinya, tapi penjaga itu tetap tidak mengenalinya dan tetap tidak mengizinkan. Imam Ahmad pun duduk di luar masjid. Tidak lama kemudian, seorangpenjual roti yang tinggal berhampiran melihat keadaan itu dan menjemput Imam Ahmadbermalam di rumahnya.

Ketika Imam Ahmad bermalam di rumah itu, beliau terlihat sesuatu yang luar biasa. Setiapkali penjual roti itu menguli dan menyediakan rotinya, dia tidak henti-henti berzikir danberistighfar kepada Allah. 

Lalu Imam Ahmad pun bertanya, " Sudah berapa lama kamu berbuat begini?" Penjual roti menjawab, "Sudah bertahun-tahun saya amalkan. Dan Alhamdulillah, setiap doa saya dimakbulkan Allah, kecuali satu."

Imam Ahmad bertanya lagi, " Apakah doa itu?"Penjual roti menjawab," Saya berdoa agar dapat bertemu dengan Imam Ahmad Bin Hanbal."

Mendengar itu, Imam Ahmad bingkas bangun dan menitiskan air mata. Lalu beliau berkata,"Subhanallah! Akulah Ahmad Bin Hanbal. Demi Allah aku telah digerakkan oleh Allah kesini hanya untuk memenuhi doa kamu."

Masyallah begitulah hebat kebesaran Allah. Permintaan setiap hamba-hambaNYA tidak disia-siakan. Seorang penjual roti yang hidupnya hanya sederhana tapi pengharapannyapada Allah begitu tinggi. Hebat fadhilat zikir ini jika diamalkan dalam kehidupan kita,bukan hanya meminta dengan doa malah perlu juga berzikir mengagungkan Allah SWT.

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah SAW berkata : “Membaca Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar lebih aku sukai daripada seisi dunia.” (Hadith Riwayat Muslim)






 



Comments

Popular posts from this blog

Zikir Penenang Hati - Hasbi Rabbi..

Hadis 35 - HUBUNGAN SESAMA ISLAM DAN HAK-HAK MUSLIM ( Imam Nawawi )

Perjalanan Hijrah Dan Dakwah Rasulullah SAW