Bismillahhirrahmannirrahim..Assalamualaikum w.b.t. Kali ini saya akan post kan zikir yang sangat saya gemari dan zikir ini juga dapat memberi ketenangan dalam diri saya iaitu Hasbi Rabbi..Kita wajib menanamkan sifat yakin terhadap Allah S.W.T..Zikir ini dapat memantapkan lagi keyakinan kita pada Allah serta ingatan kita pada NYA..Jika anda semua berasa rindu akan seseorang,lafazkan lah dan baca lah zikir ini supaya hati anda rasa tenang dan sentiasa ingat pada Allah dan gantikan lah rindu itu kepada rindu Yang Maha Esa lagi baik...Jika anda dapat mengerti setiap ayat dalam zikir itu adalah lebih baik kerana setiap maksud di dalam zikir ini,sangat baik dan kita hanya berserah pada Allah... Sama-samalah kita mendengar dan sentiasa menjadikan zikir harian kita.. :-) Hasbi Rabbi Jallallah Cukuplah Tuhan bagi ku Allah Maha Agung Mafi Qalbi Ghairullah Tiada di dalam hati ku kecuali Allah Nur Muhammad Sallallah Cahaya Muhammad selamat atas NYA Haqqul Laillahhaillallah...
بسم الله الرحمن الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya kerana diizinkan untuk berkongi dan menerangkan tentang sebuah hadis melalui kitab hadith 40 yang telah disusun oleh yang mulia Imam Nawawi rahmatullahi Ta’ala. Hadith Arba’in Nawawiyah adalah kumpulan 40 hadith Nabi Muhammad s.a.w yang dikumpulkan oleh Imam Nawawi ra. dan merupakan kitab yang tidak asing bagi kita umat Islam di seluruh dunia. Umat Islam mengenalnya dan akrab dengannya, kerana banyak dibahas oleh para ulama dan menjadi rujukan dalam menyebarkan ajaran Islam kepada kaum muslimin berkaitan dengan kehidupan beragama, ibadah, muamalah dan syariah. Imam Nawawi dalam mengumpulkan hadith-hadith ini telah berinspirasi dengan hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Ali, Abdullah bin Mas’ud, Mu’adz bin Jabal, Abi Dar...
Marah di dalam hati, marahlah semahunya. Kadangkala tidak mampu diungkapkan dengan kata. Bukan mudah untuk meluahkan rasa hati ini kerana terlalu ingin menjaga hati insan tercinta. Mungkin sudah terbiasa memendam perasaan. Aku lebih rela memendamkannya jauh ke dalam tasik hati daripada menimbulkan pertelingkahan dengan dia yang ku sayang. Dalam menghentikan rasa amarah ini, aku terfikir sejenak, tidakkah perbuatan memendam rasa ini akan menjadi dendam di lain masa nanti? Aku tidak boleh marah? Apakah maksudnya marah itu? Aku keliru sendiri. Mengapa harus ada perasaan marah itu? Alangkah bahagianya jika tiada perasaan marah. Tapi keliru semula. Apakah lengkap diri kita tanpa ada perasaan marah? Adakah dunia ini akan jadi aman tanpa perasaan marah? Aku pun tertanya sendiri. ...
Comments
Post a Comment