Posts

Showing posts from 2025

AMALAN BACAAN ZIKIR "Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar"

Image
  Assalamualaikum W.B.T , perkongsian hari ini berkaitan zikir yang sering dibacakan oleh kita. Banyak fadhilat membaca dan mengamalkannya .  Amalan zikir ini sangat dianjurkan dalam Islam, dan terdapat hadith yang menyebutkan keutamaannya.   Rasulullah SAW bersabda    "Lazimkan membaca subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar, kerana semua itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana gugurnya daun dari pohon" .   (HR Ibnu Majah) Selain itu, zikir ini juga dianggap sebagai kalimat yang paling disukai oleh Allah dan ditanam di syurga. Terdapat satu kisah Imam Ahmad Ibn Hanbal dan seorang penjual roti. Pada suatu hari, Imam Ahmad Bin Hanbal seorang ulama besar yang sangat dihormati,  sedang dalam perjalanan dan tiba di sebuah bandar yang tidak dikenali. Disebabkan keletihan, beliau ingin berehat dan bermalam di sebuah masjid. Namun, penjaga masjid tidak membenarkannya bermalam di dalam masjid tersebut. Imam Ahmad cuba menjelaskan siapa dir...